Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM1 juta bina Projek Benteng Sungai Poyan, elak tanah susur
  • Utara
  • WILAYAH

Peruntukan RM1 juta bina Projek Benteng Sungai Poyan, elak tanah susur

Utusan Sarawak 4 hours ago
ABDUL Rahman Ismail ketika melawat tapak pembinaan Projek Benteng Sungai Poyan, hari ini.

LIMBANG: Kerajaan memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan Projek Benteng Sungai Poyan di sini sebagai langkah menangani hakisan tebing sungai serta mengurangkan risiko tanah susur yang boleh mengancam keselamatan penduduk setempat.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Datuk Abdul Rahman Ismail berkata, projek pembinaan struktur penahan hakisan atau ‘gabion wall’ yang dilaksanakan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu akan memberi manfaat kepada penduduk apabila siap sepenuhnya.

Menurutnya, projek berkenaan penting bagi mengukuhkan tebing sungai, mengurangkan risiko hakisan dan melindungi kawasan kampung serta kediaman penduduk.

“Projek pembinaan benteng Sungai Poyan sepanjang 250 meter dengan kos RM500,000 kini sedang dilaksanakan dan dijangka memberi manfaat kepada 10 rumah di sini.

“Bagaimanapun, skop projek itu belum mencukupi. Tahun hadapan, pembinaan benteng akan diteruskan bagi melindungi semua rumah di sepanjang tebing Sungai Poyan dengan tambahan peruntukan sebanyak RM500,000.

“Kita mendapati kawasan ini mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan sebagai salah satu tarikan pelancongan di Kampung Sungai Poyan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembinaan Benteng Sungai Poyan, hari ini.

Beliau berkata, projek itu merupakan inisiatif berterusan kerajaan untuk menambah baik infrastruktur serta kemudahan di kawasan kampung yang terletak berhampiran bandar Limbang.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, penduduk perlu merancang pelbagai aktiviti ekonomi seperti pelancongan, industri kecil dan sederhana (IKS), kraftangan serta perusahaan berasaskan komuniti bagi memperkukuh sosioekonomi kampung.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Wakil Residen Limbang Marie Rozita Kulai dan Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebocoran gas dikesan di kawasan Kampung Dato Kuala Lawas
Next: Loji Batu Kitang dipertingkat, bekalan air Kuching dan Samarahan lebih kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.