Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Paraguay isytihar cuti umum selepas kejutan menewaskan Jerman di Piala Dunia
  • SUKAN

Paraguay isytihar cuti umum selepas kejutan menewaskan Jerman di Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYOKONG Paraguay meraikan kemenangan ke atas Jerman selepas menewaskan juara Eropah itu menerusi penentuan sepakan penalti, sekali gus melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia. Foto AFP

FOXBOROUGH, Amerika Syarikat: Presiden Paraguay, Santiago Peña, mengisytiharkan Selasa, 30 Jun sebagai cuti umum selepas pasukan kebangsaan negara itu mencipta kejutan dengan menewaskan Jerman untuk mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia buat kali pertama sejak 2002.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran di media sosial sejurus tamat perlawanan, dengan Peña meluahkan kegembiraannya sambil menyatakan bahawa Paraguay tidak pernah berputus asa dan mengisytiharkan cuti umum.

Di bawah undang-undang Paraguay, kerajaan dibenarkan mengisytiharkan sehingga tiga hari cuti umum tambahan setiap tahun.

Sebelum ini, Peña turut mengumumkan cuti umum pada September 2025 selepas Paraguay mengesahkan slot ke Piala Dunia buat kali pertama sejak beraksi pada edisi 2010 di Afrika Selatan.

Dalam perlawanan itu, Paraguay mendahului menerusi jaringan Julio Enciso sebelum Kai Havertz menyamakan kedudukan buat Jerman pada babak kedua.

Jerman hampir memastikan kemenangan menerusi gol pada masa tambahan, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati berlaku kekasaran dalam gerakan tersebut.

Keputusan itu membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Paraguay.

Penjaga gol Orlando Gill muncul wira pasukan apabila melakukan enam penyelamatan sepanjang permainan sebelum menepis dua sepakan penalti Jerman untuk memastikan kemenangan Paraguay.

Paraguay kini akan berdepan pemenang perlawanan antara Perancis dan Sweden pada pusingan 16 terbaik, dalam usaha meneruskan kemaraan mereka di kejohanan itu. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Moriyasu kekal optimis Jepun mampu jadi juara dunia satu hari nanti
Next: Maghribi singkir Belanda menerusi penalti, mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.