Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kebocoran gas dikesan di kawasan Kampung Dato Kuala Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Kebocoran gas dikesan di kawasan Kampung Dato Kuala Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
PANTAU..Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kebocoran gas dan menutup kawasan untuk mengelak kejadian tidak diingini.  Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

LAWAS: Bomba Lawas menerima satu laporan kebocoran gas di kawasan Kampung Dato Kuala Lawas hari ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam satu kenyataan berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi yang jaraknya 24 kilometer dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lawas pada 11.21 pagi.

PANTAU..Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kebocoran gas dan menutup kawasan untuk mengelak kejadian tidak diingini.  Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

“Sebaik tiba tempat kejadian, pasukan bertindak menjalankan pemeriksaan dan didapati benar terdapat kebocoran gas berbuih seperti dinyatakan pengadu. 

“Pasukan bertindak mengarahkan anggota memasang sawar-sawar di lokasi jarak lima meter dari kebocoran dan menasihati pihak kontraktor tidak melakukan sebarang aktiviti di lokasi kebocoran gas.

PANTAU..Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kebocoran gas dan menutup kawasan untuk mengelak kejadian tidak diingini.  Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

“Pemantauan berkala akan dijalankan dari masa ke semasa,”katanya.

Terdahulu pihak kontraktor yang menjalankan kerja mengerudi di tapak projek lebuhraya pesisir utara (NCH) turut berdepan detik apabila letusan gas keluar semasa kerja dijalankan pada 10 Jun 2026 yang lalu.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Polis Bau jalankan rondaan MPV berkala di sekolah dan asrama pelajar
Next: Peruntukan RM1 juta bina Projek Benteng Sungai Poyan, elak tanah susur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.