Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak perhebat persediaan ke arah status negeri tua 2028
  • TEMPATAN

Sarawak perhebat persediaan ke arah status negeri tua 2028

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah menerima kunjungan hormat delegasi Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei Muara di Bangunan Baitul Makmur II, Petra Jaya hari ini. Foto UKAS 

PETRA JAYA: Sarawak terus memperkukuh pembangunan dasar berkaitan warga emas sebagai persediaan menghadapi status negeri tua menjelang 2028 menerusi pelbagai program sokongan sosial dan komuniti bagi memastikan kesejahteraan golongan berkenaan terus terpelihara.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri kini memperkukuh persediaan menghadapi perubahan struktur demografi yang bakal menjadikan Sarawak berstatus negeri tua dalam tempoh terdekat.

“Usaha ini bukan sahaja melibatkan penggubalan dasar di peringkat negeri, malah membuka ruang kepada kerjasama serta perkongsian pengalaman dengan negara jiran seperti Brunei Darussalam yang turut berdepan perubahan demografi hampir sama.

“Kita melihat keperluan untuk saling berkongsi pendekatan dan amalan terbaik dalam mengurus cabaran masyarakat menua supaya dasar yang dilaksanakan lebih berkesan serta relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei Muara di Bangunan Baitul Makmur II, hari ini.

Fatimah berkata, pelbagai inisiatif berasaskan komuniti telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan warga emas terus diberi perhatian dalam arus pembangunan sosial.

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memainkan peranan penting menerusi pelaksanaan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang menggalakkan amalan penuaan sihat, aktif dan produktif dalam kalangan warga emas.

“Matlamat kita adalah untuk memastikan warga emas terus menjalani kehidupan yang sihat, aktif, produktif dan bermaruah, di samping menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” ujarnya.

Pendekatan penuaan aktif yang dilaksanakan kerajaan negeri memberi penekanan kepada usaha memperkasa warga emas agar kekal sihat, berdikari dan terus menyumbang kepada masyarakat melalui sokongan yang menyeluruh.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Insiden letupan loji Shell MDS 1997: Khirudin imbau kembali cabaran pasukan bomba
Next: Jurulatih Paraguay puji kemenangan ‘luar biasa’ ke atas Jerman di Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.