Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 32 pertubuhan Mambong terima RM1.18 juta MRP, fokus perkasa akar umbi
  • Selatan
  • WILAYAH

32 pertubuhan Mambong terima RM1.18 juta MRP, fokus perkasa akar umbi

Utusan Sarawak 7 hours ago
 DATUK Dr Jerip Susil (tengah) menyampaikan simbolik Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 3 kepada wakil pertubuhan DUN Mambong pada majlis penyerahan di Padawan, hari ini. Foto UKAS 

PADAWAN: Seramai 32 pertubuhan komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong menerima peruntukan keseluruhan RM1.18 juta menerusi Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 3, yang disalurkan bagi menyokong pelbagai inisiatif pembangunan setempat.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil berkata, agihan kali ini merupakan fasa ketiga dan terakhir bagi tahun 2026, sekali gus melengkapkan siri penyaluran peruntukan kepada pemohon yang layak.

“Bagi pertubuhan yang masih belum menerima kelulusan, pertimbangan akan diteruskan pada tahun 2027 berdasarkan keperluan dan peruntukan semasa,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan geran berkenaan di sini, hari ini.

Menurutnya, penekanan utama agihan MRP diberikan kepada bidang pendidikan, pembangunan kerohanian, pembinaan modal insan, selain pengukuhan aktiviti kebudayaan dan pemeliharaan adat resam masyarakat di peringkat akar umbi.

“Setiap kelulusan dibuat selepas penelitian terhadap permohonan yang dikemukakan supaya agihan benar-benar menepati keperluan di lapangan dan dilaksanakan secara berhemah,” ujarnya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu turut mengingatkan penerima agar memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara teratur serta mematuhi garis panduan audit yang ditetapkan.

Katanya, pematuhan kepada prosedur tersebut penting bagi memastikan setiap peruntukan yang diterima dapat dimanfaatkan secara berkesan dan memberi impak langsung kepada komuniti setempat.

Antara penerima terlibat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan komuniti serta jawatankuasa gereja yang aktif melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di kawasan berkenaan.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Anjing liar di premis makanan cetus kebimbangan
Next: Tindakan pantas bomba elak ancaman tebuan kepada penghuni rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.