Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anjing liar di premis makanan cetus kebimbangan
  • Utara
  • WILAYAH

Anjing liar di premis makanan cetus kebimbangan

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto janaan AI

MIRI: Kehadiran anjing liar di beberapa premis makanan di bandar ini semakin membimbangkan apabila haiwan berkenaan dilihat memasuki kawasan makan pelanggan untuk mencari sisa makanan.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati anjing liar dilihat berkeliaran berhampiran meja pelanggan ketika mereka menikmati hidangan, selain berkumpul di laluan keluar masuk premis.

Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata keadaan itu menimbulkan rasa kurang selesa kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini, terutama membabitkan kanak-kanak.

“Anjing mungkin datang kerana mencari makanan, tetapi apabila bilangannya semakin banyak, pelanggan pasti berasa bimbang. Selain itu, kebersihan kawasan makan juga perlu diberi perhatian,” katanya.

Menurut Lim, keadaan itu berlaku hampir setiap hari kerana terdapat individu yang memberi makan kepada anjing liar tersebut berhampiran premis.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan haiwan berkenaan terus menjadikan kawasan kedai makan sebagai lokasi mencari makanan.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa tempatan dapat mengambil langkah sewajarnya bagi mengawal populasi anjing liar secara berhemah, di samping meningkatkan pemantauan di kawasan premis makanan.

Orang ramai juga diminta agar tidak membuang sisa makanan atau memberi makan kepada anjing liar berdekatan dengan kawasan premis makanan kerana tindakan itu boleh menarik lebih banyak haiwan berkenaan ke lokasi tersebut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemaju perumahan digesa sedia tapak tangki aras tinggi dalam pembangunan baharu
Next: 32 pertubuhan Mambong terima RM1.18 juta MRP, fokus perkasa akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.