Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Siang-Siang FC juarai kejohanan bola sepak Irau Aco Lun Bawang 2026
  • Utara
  • WILAYAH

Siang-Siang FC juarai kejohanan bola sepak Irau Aco Lun Bawang 2026

Utusan Sarawak 1 day ago
KAMI JUARA…(paling kanan berdiri) Joseph Akaw bersama pasukan Siang-Siang FC muncul juara kejohanan bola sepak 11 sebelah sempena Irau Aco Lun Bawang 2026 di Stadium Lawas.

LAWAS: Pasukan bimbingan pengurus Joseph Akaw iaitu Siang-Siang FC menjuarai kejohanan bola sepak 11 sebelah sempena Irau Aco Lun Bawang 2026 di Stadium Lawas semalam.

Pasukan Real Merapok hanya berpuashati dikedudukan kedua selepas akur dengan kekalahan 2-1 kepada sang juara.

Pasukan Meriting Villa FC ditempat ketiga selepas menundukkan pasukan Arur Riwak melalui sepakan penalti 5-4 selepas kedua pasukan terikat 1-1.

BERI SOKONGAN…(ke enam berdiri dari kanan) Cyinthia Alau merakam gambar kenangan bersama pasukan Real Merapok FC selepas penyampaian hadiah.

Terdahulu, Joseph Akaw yang membimbing pasukan Siang-Siang FC memberitahu ramai pemain muda tempatan Lun Bawang yang memiliki berpotensi besar dalam permainan bola sepak.

“Kita lihat mereka ini berkemampuan menembusi peringkat kebangsaan apabila diberikan pendedahan yang konsisten di pentas antarabangsa dan latihan berintensiti tinggi.

Pendedahan ini boleh membantu mereka menyesuaikan diri dengan kelompok elit dan mematangkan corak permainan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Majlis penyampaian hadiah bagi kategori kampung di Daerah Lawas telah lakukan Penolong Setiausaha Agung Persatuan mewakili Persatuan Lun Bawang Sarawak Cyinthia Alau bersama Ketua pengelola sukan bolasepak Eliezer Musa Yahaya dan Wakil Seksyen Belia PLBS  Ferdinand Sia.

Bagi kategori bolasepak Veteran Lun Bawang akan dipertandingkan pada 30 Jun hingga 1 Julai 2026 dan untuk kategori Wanita dan terbuka Lun Bawang akan dilangsungkan pada 2 hingga 4 Julai 2026 di dua lokasi berbeza iaitu Stadium Daerah Lawas dan Dataran Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Program ‘Talk To Us’ perkukuh kerjasama polis dan komuniti cegah jenayah di Lubok Antu
Next: APM tangkap tedung selar 2.4 meter sedang ‘bergaduh’ dengan ular sawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.