Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teratak Kasih Tok Nan perkukuh sokongan komuniti HIV di Sarawak
  • TEMPATAN

Teratak Kasih Tok Nan perkukuh sokongan komuniti HIV di Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
RASMI…Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan
Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tiga
dari kanan) memukul gong sebanyak tiga kali simbolik
merasmikan Pembukaan Semula Teratak Kasih Tok Nan
Cawangan Miri dan Majlis Ngiling Bidai 2026, di Miri, hari ini.

MIRI: Pembukaan semula Teratak Kasih Tok Nan (TKTN) Cawangan Miri menjadi bukti komitmen berterusan dalam memperkukuh sistem sokongan kepada individu yang hidup dengan HIV (PLHIV), khususnya di wilayah utara Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, pembukaan semula pusat itu bukan sekadar menyediakan premis baharu, malah membuka ruang yang lebih selesa dan kondusif untuk membantu golongan berkenaan.

Menurutnya, masyarakat juga perlu meninggalkan stigma terhadap individu yang hidup dengan HIV kerana tahap kesedaran, rawatan dan sokongan kini jauh lebih baik berbanding dahulu.

“Kita perlu terus memberi sokongan, layanan yang penuh hormat dan ihsan kepada mereka agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih yakin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Sim Kui Hian pada Majlis Pembukaan Semula Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri dan Majlis Ngiling Bidai 2026, di sini, hari ini.

Sebastian berkata, konsep rumah yang diterapkan di Teratak Kasih Tok Nan mampu memberikan keselesaan dan sokongan emosi kepada penghuni sepanjang menjalani rawatan serta pemulihan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengasas Teratak Kasih Tok Nan, Datuk Amar Jamilah Anu atas usaha berterusan membantu komuniti yang hidup dengan HIV, selain mengenang jasa Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) terhadap pembangunan Sarawak.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Ismawi terajui AZAM Sarawak bagi penggal 2026 hingga 2028
Next: Samalaju SME Cluster perkukuh peranan PMKS dalam ekosistem industri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.