Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba Sarikei alih pokok tumbang berhampiran sekolah menengah
  • Tengah
  • WILAYAH

Bomba Sarikei alih pokok tumbang berhampiran sekolah menengah

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA bomba memotong pokok getah yang tumbang pada petang semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengalihkan sebatang pokok getah yang tumbang dan menghalang laluan berhampiran sebuah sekolah menengah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.14 petang semalam.

Katanya, tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati sebatang pokok getah sepanjang kira-kira 4.57 meter tumbang di atas jalan sehingga menghalang laluan.

“Komander operasi kemudian menjalankan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota bomba memotong pokok tersebut menggunakan mesin gergaji berantai,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengalihkan pokok tumbang ke tempat yang selamat.

“Operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 5.12 petang,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Pertandingan tulisan tangan pupuk kesabaran dan disiplin murid di era digital
Next: Program badminton erat hubungan komuniti, galak gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.