Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Makanan dan Budaya Samarahan berpotensi jadi antara terbesar di Sarawak
  • TEMPATAN

Festival Makanan dan Budaya Samarahan berpotensi jadi antara terbesar di Sarawak

Utusan Sarawak 24 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap sempena perasmian SFCF 2026 di Tapak Pasar Tamu MPKS Desa Ilmu, Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Festival Makanan dan Budaya Samarahan (SFCF) 2026 berpotensi muncul sebagai antara festival makanan dan budaya terbesar di Sarawak sekiranya terus diurus dan dibangunkan dengan baik.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, festival yang memasuki penganjuran kali kelima itu bukan sahaja menjadi platform mempromosikan usahawan tempatan, malah mampu berkembang sehingga mengatasi skala penganjuran festival seumpamanya di Kuching pada masa hadapan.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyempurnakan gimik perasmian SFCF 2026 di Tapak Pasar Tamu MPKS Desa Ilmu, Kota Samarahan.

“Samarahan mempunyai kelebihan dari segi ruang dan pembangunan yang pesat. Kalau diberi peluang dan diuruskan dengan baik, tidak mustahil dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang festival ini menjadi lebih besar daripada yang kita lihat di Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan SFCF 2026 di Tapak Pasar Tamu Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Desa Ilmu, di sini, malam ini.

Tambah beliau, industri makanan merupakan antara komponen penting dalam sektor pelancongan kerana pelancong sentiasa mahu menikmati makanan tempatan dan pengalaman budaya di setiap destinasi yang dikunjungi.

PENYAMPAIAN cenderamata sempena perasmian SFCF 2026 di Tapak Pasar Tamu MPKS Desa Ilmu, Kota Samarahan.

“Penganjuran festival seumpama itu turut membuka peluang kepada usahawan muda menjana pendapatan selain mempromosikan produk mereka kepada pengunjung,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada MPKS kerana konsisten menganjurkan festival berkenaan yang disifatkan mampu merancakkan ekonomi tempatan serta menghidupkan aktiviti kebudayaan di Samarahan.

Beliau berkata, kementeriannya turut menggalakkan setiap bahagian di Sarawak menganjurkan festival makanan dan budaya masing-masing sebagai usaha memperkukuh industri pelancongan negeri.

Untuk rekod, Festival Makanan dan Budaya Samarahan 2026 merupakan penganjuran kali kelima oleh MPKS yang berlangsung selama 10 hari bermula 26 Jun hingga 5 Julai 2026 bagi mempromosikan budaya tempatan serta merancakkan ekonomi dan pelancongan di Kota Samarahan.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: 83,463 pertubuhan di Sarawak terlibat dalam Banci Ekonomi 2026
Next: DAPSY digesa fahami perkembangan Sarawak sebelum pertikai kejayaan Pelabuhan Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.