Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki ditahan bantu siasatan kes curi buah sawit, bapa masih diburu
  • TEMPATAN

Lelaki ditahan bantu siasatan kes curi buah sawit, bapa masih diburu

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEORANG lelaki tempatan diberkas polis kelmarin selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri buah kelapa sawit di Ladang Sawit Salcra South Roban bersama bapanya yang masih diburu. Foto IPD Saratok

ROBAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian buah kelapa sawit milik sebuah syarikat perladangan di Salcra Roban South, manakala bapanya yang turut dipercayai terbabit masih diburu polis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok pada 24 Jun susulan laporan yang diterima berhubung kejadian itu pada Selasa lepas.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila seorang anggota Polis Bantuan yang sedang bertugas menerima maklumat mengenai dua lelaki yang dipercayai memunggah buah kelapa sawit ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Pengadu bersama rakan sekerja kemudian bergegas ke lokasi dan membuat sekatan jalan di dalam kawasan ladang bagi menahan suspek.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek enggan memberikan kerjasama sebelum bertindak memecut kenderaan, merempuh sekatan dan melarikan diri bersama hasil yang dipercayai dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut DSP Mathew, hasil siasatan membawa kepada penahanan suspek kedua yang bekerja sebagai buruh, manakala bapanya yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih dikesan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri ke sebuah pondok yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian sebelum menyembunyikan buah kelapa sawit serta besi tonjok sawit di dalam kawasan semak berhampiran,” ujarnya.

DSP Mathew berkata, polis turut merampas sebuah motosikal jenis SM Sport 110 bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program bantuan lesen memandu B2 Mas Gading ditangguh, 750 peserta terjejas
Next: Pemuda PBB tegur Dapsy terus putar belit isu pengambilalihan Pelabuhan Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.