Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AZAM perkasa komuniti melalui Latihan Canva 2.0
  • TEMPATAN

AZAM perkasa komuniti melalui Latihan Canva 2.0

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESERTA bersama Ketua Pegawai Eksekutif Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, Ali Suhaili (tengah) bergambar kenangan selepas selesai mengikuti Latihan Canva 2.0.

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak terus memperkukuh usaha memperkasa komuniti menerusi penganjuran Latihan Canva 2.0, yang berjaya menghimpunkan seramai 27 peserta daripada pelbagai latar belakang bagi meningkatkan kemahiran komunikasi visual dan literasi digital.

Program pembangunan kapasiti itu merupakan kesinambungan kepada Latihan Canva Siri 1.0 yang sebelum ini dianjurkan khusus untuk kakitangan AZAM, Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan AZAM Young Souls (AYS), sebelum diperluaskan kepada orang awam susulan sambutan yang menggalakkan.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili berkata, pembangunan kemahiran digital kini menjadi antara keutamaan organisasi dalam melahirkan masyarakat yang lebih bersedia menghadapi perubahan landskap komunikasi masa kini.

Menurut beliau, belia bukan sahaja berperanan sebagai pengguna teknologi, malah merupakan pencipta kandungan, penyampai maklumat dan ejen perubahan yang perlu dilengkapi dengan kemahiran komunikasi digital yang relevan.

“AZAM akan terus menyediakan platform pembelajaran seperti ini supaya lebih ramai belia dan komuniti dapat meningkatkan kompetensi mereka serta memanfaatkan teknologi untuk pembangunan diri, organisasi dan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang latihan, peserta didedahkan kepada pelbagai teknik menghasilkan reka bentuk menggunakan platform Canva, termasuk reka bentuk grafik, penjenamaan, penceritaan visual, penyediaan bahan pembentangan dan penghasilan kandungan media sosial yang lebih kreatif serta berimpak.

Melalui sesi latihan secara praktikal, peserta turut menghasilkan bahan komunikasi digital yang boleh terus diaplikasikan dalam organisasi, perniagaan dan komuniti masing-masing.

Program itu turut menerima maklum balas positif daripada peserta, termasuk pesara dan bekas Pengurus Besar AZAM Sarawak, Zabariah, yang menyifatkan latihan tersebut membantu beliau mempelajari kemahiran baharu yang sebelum ini kurang didedahkan.

Sementara itu, wakil media yang menyertai latihan, Jude Toyat berkata, penguasaan kemahiran digital kini menjadi satu keperluan dalam industri media yang semakin berkembang kerana pengamal media bukan lagi bergantung kepada kemahiran penulisan semata-mata, sebaliknya perlu menghasilkan kandungan visual yang kreatif dan relevan dengan kehendak audiens semasa.

Susulan sambutan memberangsangkan terhadap siri kedua itu, AZAM akan meneruskan inisiatif berkenaan menerusi Latihan Canva Siri 3.0 yang dijadual berlangsung pada 12 Julai ini di Sibu bersama komuniti Bawang Assan.

Inisiatif berterusan tersebut mencerminkan komitmen AZAM dalam memperluaskan akses kepada latihan kemahiran digital sekali gus melahirkan masyarakat yang lebih celik digital, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Continue Reading

Previous: Hyundai perkukuh kehadiran di Sarawak menerusi pusat 3S pertama di Malaysia timur
Next: Jalan Abell berpotensi jadi hab automotif baharu Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.