Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Buaya 4.5 meter ditangkap di Tebingan Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Buaya 4.5 meter ditangkap di Tebingan Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
BUAYA sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Sarawak Crocter di kawasan Tebingan Kuching, hari ini.

KUCHING: Seekor buaya sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan kerjasama Sarawak Crocter di kawasan Tebingan Kuching, hari ini.

Pengarah Sarawak Crocter, Francis Chai berkata, buaya berkenaan berjaya ditangkap menggunakan kaedah pancing dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan tersebut.

Menurut beliau, operasi berkenaan dilaksanakan susulan pemantauan yang dilakukan selepas kehadiran reptilia itu dikesan di kawasan tumpuan orang ramai berkenaan.

“Buaya sepanjang 4.5 meter itu berjaya ditangkap dengan selamat menggunakan pancing sebelum dikawal dan dipindahkan oleh pasukan operasi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kerjasama erat antara SFC dan Sarawak Crocter membolehkan operasi dijalankan dengan lancar serta mengutamakan aspek keselamatan orang awam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika berada berhampiran sungai dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ternampak kelibat buaya di kawasan awam.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Debak bertindak pantas selamatkan anjing liar tersangkut pada jaring
Next: Kerajaan Sarawak komited siapkan projek bekalan air Serian mengikut jadual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.