Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tan Cheng Hoe kembali terajui Harimau Malaya
  • SUKAN

Tan Cheng Hoe kembali terajui Harimau Malaya

Utusan Sarawak 12 hours ago
CHENG Hoe dilantik sebagai ketua jurulatih interim Harimau Malaya oleh FAM. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih interim pasukan kebangsaan bagi menggantikan Peter Cklamovski yang ditamatkan kontrak bulan ini.

FAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Cheng Hoe dibuat selepas mengambil kira pengalaman, rekod pencapaian dan pemahaman mendalam beliau terhadap landskap bola sepak negara.

Badan induk bola sepak negara itu yakin pengalaman, kepakaran dan pengetahuan Cheng Hoe akan menjadi aset penting dalam usaha memperkukuh prestasi skuad Harimau Malaya.

“FAM berharap pelantikan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih interim pasukan kebangsaan akan memberi suntikan baharu kepada Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan pada peringkat Asia dan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Cheng Hoe merupakan pengendali skuad Harimau Malaya dari Disember 2017 hingga Disember 2021 selepas menggalas tugas sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan dari 2009 hingga 2013. 

Antara kejayaan manis diraih Cheng Hoe ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

Pada peringkat domestik, beliau mencipta kejayaan gemilang apabila membantu Kedah menjuarai Liga Premier 2015, Piala Malaysia 2016 dan Piala Sumbangsih 2017.

Cheng Hoe turut pernah membimbing Selangor dari 2022 hingga 2024 sebelum berkelana ke Thailand apabila menerajui Police Tero FC.

Pada April 2025, jurulatih berusia 58 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah itu kembali berkhidmat di FAM apabila dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pasukan Kebangsaan.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan mengambil bahagian pada Kejohanan ASEAN bermula bulan depan dan Piala ASEAN FIFA pada September. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Hong tanggung kekalahan ketika harapan Korea Selatan di Piala Dunia semakin pudar
Next: Ancelotti puji Vinicius selepas cemerlang lagi di Piala Dunia FIFA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.