Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan ladang BDDA permudah akses penduduk Lubang Landak, Sungai Klampai
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek jalan ladang BDDA permudah akses penduduk Lubang Landak, Sungai Klampai

Utusan Sarawak 12 hours ago
JAMES Jimbun yang mewakili ADUN Krian bersama agensi pelaksana melakukan lawatan pemeriksaan akhir tapak projek jalan ladang di Lubang Landak, Sungai Klampai semalam. Foto: ADUN Krian

KRIAN: Projek jalan ladang yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di Lubang Landak, Sungai Klampai dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat menerusi peningkatan kemudahan akses ke kawasan pertanian dan penempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata projek tersebut telah menjalani lawatan pemeriksaan akhir tapak yang melibatkan BDDA, Pusat Khidmat DUN Krian serta agensi pelaksana bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Menurut beliau, projek jalan ladang itu melibatkan pembinaan jalan sepanjang 1.2 kilometer dengan kos keseluruhan sebanyak RM200,000.

Katanya, projek berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memperkasakan pembangunan luar bandar serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Melalui projek kecil seperti ini, diharapkan semua penerima yang hampir keseluruhannya terdiri daripada penduduk rumah panjang di kawasan Krian dapat menikmati kemudahan yang lebih baik sekali gus menaik taraf kualiti kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata kemudahan jalan yang lebih sempurna akan memudahkan urusan harian penduduk, termasuk membawa keluar hasil pertanian dan meningkatkan hubungan dengan kawasan sekitar.

Lawatan pemeriksaan akhir itu turut dihadiri James Jimbun yang mewakili ADUN Krian, Pegawai Pemantau JKR Saratok Ohdira Sudang, Penolong Pegawai Tadbir BDDA Stanley Igat Unchi, pihak kontraktor serta penerima projek.

Projek berkenaan membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak melalui BDDA dalam menyediakan infrastruktur asas yang mampu merangsang pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat luar bandar di kawasan Krian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: MPP arah tindakan segera atasi isu penyelenggaraan di Batu Kawah
Next: 152 murid sertai program kesedaran keselamatan kebakaran di SK Nanga Babai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.