Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KDN sahkan tiada perancangan autogate di ICQS Lubok Antu buat masa ini
  • TEMPATAN

KDN sahkan tiada perancangan autogate di ICQS Lubok Antu buat masa ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
ROY Angau Gingkoi. Foto: Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan tiada perancangan untuk memasang sistem pintu pagar automatik (autogate) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lubok Antu buat masa ini kerana laluan tersebut dikhususkan bagi pergerakan kenderaan.

Menurut jawapan lisan kementerian di Dewan Rakyat, pelaksanaan sistem autogate hanya akan dilaksanakan di Kompleks ICQS yang mempunyai kemudahan laluan pejalan kaki bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pergerakan di pintu masuk negara.

KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berkata pihaknya sentiasa komited memperkukuh kawalan keselamatan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di semua pintu masuk negara.

Sebagai sebahagian daripada usaha itu, sebanyak 635 unit autogate akan dipasang secara keseluruhan di lokasi-lokasi pintu masuk yang dikenal pasti di seluruh negara.

Kementerian menjelaskan pemasangan tersebut adalah khusus untuk laluan pejalan kaki, manakala kompleks yang hanya menumpukan kepada pergerakan kenderaan tidak akan dilengkapi dengan sistem berkenaan.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, mengenai pelaksanaan sistem autogate dan biometrik di ICQS sempadan Sarawak-Kalimantan termasuk Lubok Antu, KDN menegaskan hanya ICQS Sungai Tujuh akan dipasang dengan sistem autogate kerana mempunyai laluan pejalan kaki.

Bagi ICQS Lubok Antu, kementerian memaklumkan tiada perancangan untuk pemasangan sistem autogate memandangkan kompleks itu berfungsi sebagai laluan khas bagi pergerakan kenderaan.

Pada masa sama, KDN memberi jaminan segala perancangan berkaitan pendigitalan sistem kawalan sempadan akan dilaksanakan secara teliti bagi memastikan infrastruktur sokongan serta aspek keselamatan data bersedia sepenuhnya menjelang 2028, selaras dengan inisiatif pemodenan dan pendigitalan kawalan sempadan negara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Juruterbang terbunuh dalam nahas pesawat di barat Australia
Next: RAYS 2026 medan belia dunia bentuk masa depan mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.