Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa 1.6 meter ditangkap bersembunyi di siling kandang ternakan
  • Utara
  • WILAYAH

Ular sawa 1.6 meter ditangkap bersembunyi di siling kandang ternakan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SKUAD Charlie berjaya menangkap seekor sawa di atas siling ternakan di Kampung Narum Marudi. Foto : APM Marudi

MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Marudi berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang 1.6 meter yang bersembunyi di atas siling kandang ternakan di Kampung Narum, di sini, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.58 pagi yang meminta bantuan untuk menangkap reptilia berkenaan.

Menurut beliau, sebaik menerima panggilan tersebut, anggota Skuad Charlie segera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25 meter dari PKOD Marudi.

“Setibanya di lokasi, anggota bertemu dengan pengadu, Salbiah Hassan, bagi mendapatkan maklumat mengenai kedudukan ular tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, anggota terus menjalankan operasi menangkap reptilia berkenaan menggunakan peralatan khas dan penyepit,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi itu berjaya menangkap ular sawa terbabit tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Selepas memastikan keadaan selamat, anggota Skuad Charlie beredar dari lokasi dan kembali ke PKOD Marudi dengan membawa reptilia tersebut untuk tindakan lanjut.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Laluan lobi utama Hospital Bintulu ditutup sementara hingga 30 Jun
Next: RADDA kekal utamakan pematuhan prosedur dalam pelaksanaan projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.