Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Bak Chang medium warisan budaya kepada generasi muda
  • Utara
  • WILAYAH

Pesta Bak Chang medium warisan budaya kepada generasi muda

Utusan Sarawak 6 hours ago
JOHNNY Pang menyaksikan demonstrasi pembungkusan bak chang yang dikendalikan oleh ahli Seksyen Wanita SUPP Bintulu sebagai sebahagian daripada usaha memelihara dan mewariskan budaya tradisional masyarakat Cina kepada generasi muda.

BINTULU: Sambutan Pesta Bak Chang bukan sekadar perayaan tradisional masyarakat Cina, malah menjadi medium untuk memperkenalkan sejarah, budaya dan tradisi yang berkaitan dengan perayaan tersebut kepada generasi muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi yang pesat, usaha memelihara budaya tradisional perlu diperkukuhkan bagi memastikan amalan dan warisan budaya terus diamalkan oleh masyarakat.

Menurut beliau, perayaan yang mempunyai sejarah lebih 2,000 tahun itu turut mengandungi pelbagai nilai yang masih relevan dalam kehidupan masyarakat hari ini.

“Pesta Bak Chang bukan sekadar sinonim dengan hidangan bak chang dan perlumbaan perahu naga, malah menjadi platform untuk memperkenalkan warisan budaya Cina serta sejarah dan nilai yang berkaitan dengan perayaan tersebut.

JOHNNY Pang bersama barisan kepimpinan dan ahli SUPP memotong kek sebagai simbolik sambutan Pesta Bak Chang yang dianjurkan bagi mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Saya juga berasa gembira melihat masyarakat dan pertubuhan komuniti terus memainkan peranan dalam menganjurkan pelbagai aktiviti sempena sambutan perayaan, khususnya perayaan masyarakat Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pesta Bak Chang anjuran Seksyen Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu di Pejabat SUPP Bintulu, di sini, semalam.

Johnny berkata, penglibatan aktif persatuan dan pertubuhan masyarakat dalam menganjurkan program kebudayaan menunjukkan usaha berterusan komuniti dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan warisan dan tradisi masyarakat.

Katanya, program seumpama itu membantu memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat Cina kepada orang ramai serta memberi peluang kepada masyarakat pelbagai kaum untuk mengenali budaya antara satu sama lain melalui aktiviti kebudayaan.

Beliau berharap lebih banyak aktiviti berteraskan budaya dapat dilaksanakan pada masa hadapan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat, khususnya golongan muda, dalam program berkaitan warisan dan tradisi budaya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa sepanjang 5.49 meter ditangkap di belakang rumah
Next: ADUN Kalaka bangga KTES raih pengiktirafan Pusat Tingkatan Enam terbaik negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.