Gempa bumi kuat landa Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia – MetMalaysia

Facebook
WhatsApp
GEMPA bumi kuat landa Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Foto MetMalaysia.

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di luar pantai timur Kamchatka, Rusia pada 2.52 petang ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) dengan pusat gempa dikesan 128 km timur dari Petropavlovsk-Kamchatskiy, Rusia.

Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama