Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Datuk Kamil Misuari, suami kepada Dato Sri Nancy Shukri meninggal dunia
  • SEMASA

Datuk Kamil Misuari, suami kepada Dato Sri Nancy Shukri meninggal dunia

Utusan Sarawak 8 hours ago
ALLAHYARHAM Datuk Kamil Misuari, suami kepada Dato Sri Nancy Shukri, menghembuskan nafas terakhir hari ini.

KUCHING: Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, iaitu Allahyarham Datuk Kamil Misuari, telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Pejabat Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pejabat Khidmat Rakyat Kawasan Parlimen P193 Santubong petang tadi.

Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham akan diuruskan terlebih dahulu di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching esok bagi urusan penghormatan terakhir dan pengebumian.

Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong, di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya bagi memberi peluang kepada ahli keluarga, sahabat handai, kenalan serta orang ramai untuk memberikan penghormatan terakhir.

Bagaimanapun, waktu bagi sesi penghormatan terakhir akan dimaklumkan kemudian.

Allahyarham seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mula menzahirkan ucapan takziah kepada Nancy dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hong Kong keluar amaran hujan tertinggi, tutup sekolah
Next: Duta Besar Hungary dalami sejarah, warisan Sarawak di BCM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.