Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Disiplin dan integriti jadi fokus Perhimpunan Bulanan IPD Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Disiplin dan integriti jadi fokus Perhimpunan Bulanan IPD Bau

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG anggota telah menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A. Rahman.

BAU: Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman mengetuai Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bagi Jun 2026 di Garaj Pengangkutan IPD Bau, hari ini.

Menurut Mohd Haide menekankan kepentingan disiplin, profesionalisme, integriti serta komitmen dalam melaksanakan tugas bagi memastikan perkhidmatan kepolisan yang berkualiti terus diberikan kepada masyarakat.

Katanya, perhimpunan bulanan tersebut berjalan lancar dan menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kerjasama, komunikasi serta semangat berpasukan dalam kalangan warga IPD Bau.

POLIS Daerah Bau memperbaharui ikrar untuk terus berkhidmat.

Program tersebut melibatkan nyanyian lagu Negaraku, Sarawak Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, bacaan doa, lafaz ikrar taat setia PDRM dan Rukun Negara serta amanat Ketua Polis Daerah Bau.

Sebagai sebahagian daripada acara perhimpunan, Mohd Haide turut menyampaikan surat penghargaan kepada lima warga polis yang terdiri daripada dua pegawai kanan polis dan tiga pegawai rendah polis sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi serta sumbangan mereka kepada pasukan.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat serta sesi bergambar beramai ramai.

Perhimpunan yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 8.00 pagi itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Bau DSP Ritchie Jarit, ketua-ketua bahagian, pegawai kanan, ketua polis balai, anggota polis serta pegawai awam polis dengan jumlah kehadiran seramai 78 orang.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 4,000 botol minyak masak diagih kepada penduduk Bawang Assan
Next: Boston Ho terajui Kelab Lions Sibu Pahlawan bagi penggal 2026-2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.