Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Iran diarah tinggalkan AS serta-merta selepas perlawanan pembukaan Piala Dunia
  • SUKAN

Pasukan Iran diarah tinggalkan AS serta-merta selepas perlawanan pembukaan Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMAIN Iran bergambar untuk foto rasmi pasukan sebelum perlawanan Kumpulan G Piala Dunia FIFA 2026 antara Iran dan New Zealand di Stadium Los Angeles, pada 15 Jun 2026 di Los Angeles, California. Foto AFP

ISTANBUL: Pengurus Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Iran Amir Ghalenoei menyifatkan skuad kendaliannya sebagai “pasukan yang paling ditindas dalam Piala Dunia,” mendakwa mereka diarah untuk meninggalkan Los Angeles menuju ke tempat latihan mereka di Mexico, sejurus selepas perlawanan pembukaan pada Isnin malam menentang New Zealand, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ghalenoei berkata pasukan itu pada mulanya menjangkakan untuk bermalam di kota metropolitan California itu dan menjalankan sesi pemulihan pada keesokan harinya, tetapi sebaliknya diberitahu sejurus selepas wisel penamat dibunyikan yang mereka harus pulang.

“Kami meluangkan terlalu banyak masa di udara untuk berulang-alik, malah mereka tidak memberikan kami masa untuk pulih.

“Selepas perlawanan hari ini, mereka berkata kepada kami: ‘Kamu perlu pergi dengan segera,'” katanya melalui seorang jurubahasa, menurut portal sukan Amerika Syarikat (AS), ESPN.

Ghalenoei bagaimanapun tidak menyatakan pihak mana yang mengarahkan pasukan itu untuk meninggalkan California pada Isnin malam, walaupun Kapten Iran Mehdi Taremi menyatakan yang Presiden FIFA Gianni Infantino, ada melawat pasukan itu di dalam bilik persalinan selepas perlawanan berkenaan.

“Sudah tentu beliau mahu cuba membantu kami, tetapi ini juga melibatkan perkara lain. Semua orang mengetahuinya,” kata Taremi, yang dipercayai merujuk kepada ketegangan yang lama berlarutan antara AS dan Iran, ketika perang melebihi 100 hari antara kedua-dua negara itu dijangka berakhir dengan perjanjian damai pada minggu ini.

“Saya tidak perlu menyebut perkara itu kerana anda tahu di mana kita berada sekarang,” katanya.

Skuad kebangsaan Iran pada mulanya dijadualkan untuk berada di Tucson, dalam negeri Arizona, AS, sepanjang tempoh Piala Dunia, namun mereka di pindahkan ke Tijuana, Mexico, pada akhir Mei lepas selepas berdepan isu logistik dan visa.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Jepun waspada berdepan Tunisia, masih ingat pengajaran dikalahkan Costa Rica
Next: ‘Buku bertemu ruas’ Piala Dunia saksikan empat keputusan seri sejak 1958

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.