Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA rancang perluas model SisaSMART ke kawasan lain
  • Utara
  • WILAYAH

BDA rancang perluas model SisaSMART ke kawasan lain

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATU Muhamad Yakup Kari berucap pada majlis perasmian Fasiliti SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS): Transformasi Pengurusan Sisa Lestari di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) merancang memperluas model pengurusan sisa komuniti SisaSMART ke kawasan lain susulan kejayaan pelaksanaan projek perintis itu di Bintulu.

Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari berkata, kejayaan penubuhan Fasiliti SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS) membuktikan agenda kelestarian boleh dicapai melalui kerjasama erat antara agensi pembangunan, institusi pendidikan dan organisasi komuniti.

Menurutnya, pendekatan kolaboratif sedemikian penting bagi memastikan manfaat program dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat.

“Kejayaan penubuhan SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS) ini menjadi pemangkin kepada usaha BDA untuk memperluas program yang sama ke kawasan lain.

“Sehubungan itu, BDA sedang merancang untuk mewujudkan sebuah lagi pusat pengurusan sisa komuniti di kawasan Medan Jaya Commercial Centre dalam masa terdekat,” katanya.

DATU Muhamad Yakup Kari dan Dato Norhyati Mohd Ismali merakam gambar bersama warga UPMS dan PPWS selepas majlis pelancaran Fasiliti SisaSMART@Bintulu di bangunan PPWS Daerah Bintulu/Tatau.

Beliau berkata ketika merasmikan Fasiliti SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS): Transformasi Pengurusan Sisa Lestari di bangunan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Bintulu/Tatau di sini, hari ini.

Kata beliau, konsep ekonomi kitaran dan pengurusan sumber secara lestari perlu diterjemahkan melalui tindakan praktikal dan berimpak bagi menyokong aspirasi Sarawak sebagai negeri yang maju, hijau dan berdaya tahan.

Projek seperti SisaSMART@Bintulu, tambahnya, membuktikan perubahan besar boleh bermula daripada inisiatif komuniti yang kecil tetapi dilaksanakan secara konsisten.

Dalam pada itu, beliau berharap fasiliti tersebut dimanfaatkan secara aktif menerusi program latihan, lawatan pendidikan, aktiviti komuniti dan kempen kesedaran alam sekitar.

Turut hadir, Pengerusi Negeri PPWS, Dato Norhyati Mohd Ismail; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee; Ketua Projek Towards Zero Food Waste in Bintulu, Dr Keeren Sundara Rajoo; Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Steven Kong Kai Seng selaku wakil Ahli Parlimen Bintulu, dan Pemanca Masyarakat Melayu Bahagian Bintulu, Awang Merais Awang Ismail.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Paras air naik satu meter, Jalan Nanga Kumpang tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan
Next: PPWS sedia terajui budaya kelestarian bermula dari rumah 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.