Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA: Tiada bukti pelanggaran Kod Tatatertib dalam kontroversi isyarat tangan pengadil
  • SUKAN

FIFA: Tiada bukti pelanggaran Kod Tatatertib dalam kontroversi isyarat tangan pengadil

Utusan Sarawak 4 hours ago
SHAUN Evans, pegawai VAR, tidak didapati melanggar Kod Tatatertib FIFA menurut siasatan. Foto: AFP

ISTANBUL: FIFA semalam menyatakan bahawa ia tidak menemukan bukti pelanggaran Kod Tatatertib FIFA selepas pegawai Pembantu Pengadil Video (VAR), Shaun Evans membuat isyarat tangan sebelum perlawanan Piala Dunia baru-baru ini, lapor Anadolu Ajansi.

“Jawatankuasa Tatatertib Bebas FIFA boleh mengesahkan bahawa selepas meneliti perkara membabitkan pegawai Pembantu Pengadil Video (VAR) Shaun Evans, pihaknya tidak menemukan sebarang bukti pelanggaran Kod Tatatertib FIFA,” menurut organisasi itu.

Evans, pegawai dari Australia dilihat dalam siaran perlawanan Jerman menentang Curacao pada Ahad membuat simbol tangan “OK”, satu isyarat yang dikaitkan dengan fahaman keagungan kulit putih dan diklasifikasikan sebagai simbol kebencian oleh Liga Anti-Fitnah pada 2019.”

Evans menafikan sekeras-kerasnya sebarang niat jahat, sambil menyifatkan gerakan itu sebagai “gerakan refleks tanpa sedar dan tidak disengajakan”.

Beliau melahirkan rasa kesal terhadap persepsi yang timbul susulan isyarat itu, namun menegaskan bahawa beliau tidak membuat simbol berkenaan secara “sedar atau sengaja”, yang mula mendapat perhatian selepas digunakan penyerang dalam insiden masjid Christchurch pada 2019 yang mengorbankan 51 umat Islam. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Iran bangkit dua kali untuk ikat New Zealand 2-2
Next: Rexy mahu gandingan baharu bukan sekadar cuba nasib, fokus misi layak ke LA28

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.