Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 8 dikhuatiri maut dalam nahas pesawat pengebom B-52 di California
  • GLOBAL
  • TEMPATAN

8 dikhuatiri maut dalam nahas pesawat pengebom B-52 di California

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEPULAN asap naik dari pesawat pengebom B-52 yang terhempas sejurus selepas berlepas di pangkalan Tentera Udara A.S. di California Selatan, Isnin, 15 Jun 2026. Foto AGENSI

WASHINGTON/ISTANBUL: Sebuah pesawat pengebom B-52 Stratofortress milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas semasa penerbangan ujian rutin di California pada Isnin, dengan pegawai tentera memaklumkan bahawa impak nahas itu tidak memberi peluang untuk mangsa terselamat, lapor Anadolu Ajansi.

“Petunjuk awal menunjukkan tidak mungkin ada mangsa yang terselamat dalam nahas itu,” menurut Pangkalan Tentera Udara Edwards menerusi platform X.

Pangkalan itu mengesahkan bahawa lapan individu berada di dalam pesawat pengebom strategik berkenaan ketika ia terhempas sejurus berlepas pada 11.20 pagi waktu tempatan (1820 GMT) bagi melaksanakan “misi ujian rutin”.

Pasukan tindak balas kecemasan tiba di lokasi kejadian di timur laut Los Angeles sejurus selepas nahas berlaku.

Pangkalan itu menyatakan bahawa pasukan berkaitan sedang berusaha mengesahkan nasib semua individu yang berada dalam pesawat itu, manakala siasatan mengenai nahas berkenaan sedang dijalankan.

Pihak pangkalan sebelum itu mengumumkan penutupan lapangan terbang berkenaan, dengan semua pesawat yang menuju ke lapangan terbang itu dilencongkan ke lokasi lain.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Wanita Dayak digesa berganding bahu tangani isu sosial remaja
Next: Gempa bumi bermagnitud 6.7 melanda Indonesia tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.