Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Generasi muda diseru bangkit, berani padamkan gejala negatif
  • Tengah
  • WILAYAH

Generasi muda diseru bangkit, berani padamkan gejala negatif

Utusan Sarawak 9 hours ago
MOHAMAD Duri semasa merasmikan Program STAR “Say No Take Action & Rise” Potensi Diri Tanpa Dadah Peringkat Daerah Saratok yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sri Krian, dekat sini semalam. Foto ADUN Kalaka

​SARATOK: Golongan muda hari ini dituntut untuk memiliki keberanian yang tinggi dalam menolak sebarang pengaruh negatif demi memastikan masa depan mereka dan negara terus terpelihara daripada ancaman gejala sosial yang semakin meruncing.​

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa Program S.T.A.R “Say No Take Action & Rise” merupakan platform terbaik dalam membawa mesej penting untuk menyuntik kesedaran dan membentuk jati diri yang utuh dalam kalangan generasi baharu.​

Menurut beliau, pengisian program tersebut bukan sekadar satu bentuk motivasi atau kem kepimpinan biasa, sebaliknya ia merupakan satu seruan komprehensif untuk melahirkan modal insan yang berani bertindak melakukan perkara yang betul demi kebaikan bersama.

​”Program ini membawa satu mesej yang sangat penting kepada generasi muda hari ini, iaitu keberanian untuk berkata tidak kepada perkara-perkara negatif, keberanian untuk bertindak melakukan perkara yang betul, dan keberanian untuk bangkit menjadi insan yang lebih baik.​

“Dalam dunia yang semakin mencabar, golongan muda hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran kritikal seperti isu penyalahgunaan dadah, gejala sosial, pengaruh negatif media sosial dan pelbagai bentuk tekanan kehidupan yang memerlukan benteng pertahanan diri yang kuat,” katanya.​

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program S.T.A.R “Say No Take Action & Rise” Potensi Diri Tanpa Dadah Peringkat Daerah Saratok yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sri Krian, dekat sini semalam.

​Mengulas lanjut, Mohamad Duri menyatakan keyakinan penuh bahawa setiap peserta yang terlibat mempunyai potensi yang sangat besar untuk menempa kejayaan dalam bidang masing-masing sekiranya dilengkapi dengan disiplin diri, keyakinan, kesungguhan serta bimbingan yang berterusan.​

Sambil memuji pengisian sepanjang program, beliau berharap agar segala ilmu, kemahiran kepimpinan, semangat kerjasama dan kebolehan komunikasi yang telah dipelajari dapat diterjemahkan secara praktikal dalam kehidupan seharian dan tidak berakhir begitu sahaja.​

Beliau turut menyeru para peserta agar menjadi suri teladan yang baik kepada rakan sebaya dan masyarakat sekeliling, di samping sentiasa membuat pilihan bijak yang membawa kepada kesejahteraan hidup, memandangkan masa depan Sarawak dan negara berada di bahu mereka.​

“Kerajaan sentiasa menyokong penuh pelbagai usaha yang memberi manfaat kepada pembangunan belia.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu mencegah gejala negatif tetapi turut membentuk modal insan berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara pada masa hadapan,” ujarnya yang mahu program ini diperluaskan secara berterusan.​

Dalam pada itu, program berkenaan turut diserikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk reruai pameran daripada agensi kerajaan serta ceramah khas daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia.​

Selain aktiviti senam sihat, para peserta turut berpeluang menyaksikan aksi demonstrasi anjing pengesan dadah daripada Unit Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), selain menyaksikan penghargaan tinggi dizahirkan kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sarawak atas penganjuran program impak tinggi tersebut di Daerah Saratok.

​Turut hadir memberikan sokongan pada majlis tersebut ialah ADUN Krian, Friday Belik; Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid; ketua-ketua jabatan, serta barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) bersama-sama masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Takraw SUKMA Sabah dominasi cabaran Sepak Takraw Wanita Saberkas Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.