Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wanita Dayak digesa berganding bahu tangani isu sosial remaja
  • TEMPATAN

Wanita Dayak digesa berganding bahu tangani isu sosial remaja

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie hadir pada majlis sambutan Ulang Tahun Ke-16 SIDS Cawangan Kampung Telagus, Pantu kelmarin. Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.202 Sri Aman

PANTU: Wanita merupakan aset penting dalam pembangunan negara dan perlu terus diperkasakan bagi memastikan mereka dapat memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam memacu kemajuan masyarakat, negeri serta negara.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, dengan jumlah wanita merangkumi hampir 48 peratus daripada populasi Malaysia termasuk di Sarawak, golongan tersebut mempunyai peranan besar dalam menentukan hala tuju pembangunan negara.

Menurut beliau, wanita bukan sahaja berfungsi sebagai tonggak keluarga, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial, ekonomi dan komuniti yang mampan.

“Wanita perlu terus diberi ruang dan peluang untuk menyumbang secara aktif dalam pelbagai sektor. Mereka merupakan rakan strategik yang penting dalam usaha membangunkan masyarakat yang progresif dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun Ke-16 Persatuan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Kampung Telagus, dekat sini kelmarin.

Pada majlis itu, Doris turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada SIDS Kampung Telagus atas kejayaan serta pencapaian yang diraih sepanjang 16 tahun penubuhannya.

“Saya berbangga melihat SIDS Kampung Telagus berjaya mencapai usia 16 tahun pada hari ini. Sudah pasti pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuhi sepanjang perjalanan tersebut.

“Namun, kejayaan yang dikecapi hari ini membuktikan kecekalan dan komitmen semua ahli. Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa agar SIDS dan seluruh komuniti Dayak, khususnya wanita Dayak, terus bersatu dan berganding bahu dalam menangani pelbagai isu sosial yang semakin membimbangkan.

Katanya, antara isu yang memerlukan perhatian serius ialah kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja yang menunjukkan trend membimbangkan dan memerlukan tindakan bersepadu daripada semua pihak.

Menurut beliau, berdasarkan statistik yang direkodkan, daripada 16,951 kes kehamilan luar nikah remaja di Malaysia, kira-kira 11 peratus melibatkan remaja berbangsa Iban.

“Ini merupakan isu yang perlu kita tangani bersama. Saya menggesa agar SIDS terus memainkan peranan aktif dalam usaha mendidik, membimbing dan memperkasakan generasi muda.

“Hanya melalui kerjasama dan kesedaran bersama, kita mampu menangani cabaran ini dengan lebih berkesan,” tegasnya.

Doris menambah, sebagai tonggak masyarakat Dayak, semua pihak perlu bersatu dan mencari pendekatan yang berkesan bagi menangani isu sosial yang memberi kesan kepada generasi muda kerana masa depan masyarakat bergantung kepada usaha yang dilakukan pada hari ini.

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Tuai Rumah Bali dari Kampung Telagus, Pengerusi SIDS Kampung Telagus, Salamah serta Pengerusi SIDS Cawangan Kuching, Bunie.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pembangunan Belia Sarawak perlu bermula dari akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.