Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Cermin diri sendiri dulu’ – Abdul Karim tempelak FAM
  • TEMPATAN

‘Cermin diri sendiri dulu’ – Abdul Karim tempelak FAM

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menunjukkan laporan teguran FAM kepada pemberita.

PETRA JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta mencermin kelemahan sendiri terlebih dahulu sebelum mempertikaikan usaha Sarawak membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, badan induk bola sepak negara itu seharusnya memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia yang semakin merosot berbanding era 1970-an dan 1980-an.

“Bila hendak menegur Sarawak ini, lihat muka sendiri juga. Muka sendiri yang menipu-menipu kiri kanan, rakyat Malaysia rasa malu juga.

“Cuba perbaiki keadaan bola sepak Malaysia dan lihat di mana kedudukan kita sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Kejohanan Beregu Skuasy Asia Ketiga di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Abdul Karim mengulas laporan media yang memetik sumber FAM bahawa sebarang usaha mewujudkan pertandingan profesional di Sarawak perlu mendapat pengiktirafan dan berada dalam struktur piramid bola sepak kebangsaan.

Menurutnya, kenyataan beliau sebelum ini telah disalah tafsir kerana apa yang dirancang kerajaan Sarawak hanyalah pembangunan bola sepak secara menyeluruh di peringkat daerah, bahagian dan negeri.

“Kita akur dengan undang-undang dalam sukan dan tahu kedudukan FAM sebagai badan yang menjaga bola sepak Malaysia.

“Kita bukan hendak mengatasi sesiapa. Apa yang saya sebut adalah pembangunan bola sepak dari bawah supaya kita dapat melahirkan lebih ramai pemain berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak tidak pernah bercadang menubuhkan liga antarabangsa atau mana-mana pertandingan yang bercanggah dengan struktur bola sepak negara.

Sebaliknya, usaha itu bertujuan mewujudkan laluan pembangunan yang lebih tersusun bermula daripada peringkat sekolah sehingga ke tahap tertinggi bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan pencapaian FAM dalam memajukan bola sepak negara selepas Malaysia gagal mengekalkan kedudukan sebagai antara kuasa utama bola sepak Asia.

“Pada satu ketika dahulu kita berada pada tahap yang sama dengan Korea Selatan dan Jepun.

“Sekarang kita jauh ketinggalan. Apa yang FAM telah lakukan mengenai perkara itu?” katanya.

Beliau menegaskan fokus Sarawak ketika ini adalah membina kumpulan pemain yang besar dan berkualiti yang mampu mewakili kelab, negeri serta negara pada masa depan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Mu’azamir kembali ke Bumi Kenyalang, tekad kekalkan Sarawak sebagai kuasa sukan negara
Next: Pembangunan Belia Sarawak perlu bermula dari akar umbi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.