Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat pemburu berjaya tangkap buaya berukuran 3.18 meter di Sungai Suai
  • Utara
  • WILAYAH

Empat pemburu berjaya tangkap buaya berukuran 3.18 meter di Sungai Suai

Utusan Sarawak 2 days ago
KENA PANCING… Mambang Jack bersama seekor buaya sepanjang kira-kira 3.18 meter yang berjaya dipancing dalam satu operasi di Sungai Suai awal pagi semalam.

MIRI: Empat pemburu buaya dari Suai Tengah berjaya menangkap seekor buaya berukuran 3.18 meter panjang dengan lebar badan sekitar 61 sentimeter dalam satu operasi di Sungai Suai, awal pagi tadi.

Menurut salah seorang anggota pasukan Mambang Jack, buaya tersebut berjaya ditangkap sekitar 5.40 pagi selepas dikesan di kawasan sungai berkenaan.

“Operasi itu melibatkan empat pemburu iaitu Mambang, Ambrose, Madan dan Udam yang bekerjasama menjejaki reptilia tersebut sebelum berjaya menumpaskannya.

“Buaya berkenaan ditangkap menggunakan kaedah pancing sebelum berjaya dinaikkan ke darat,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Kejayaan tangkapan itu dilihat dapat membantu mengurangkan kebimbangan penduduk setempat terhadap kehadiran buaya di Sungai Suai, yang sering digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian dan perikanan.

MAMBANG Jack bersama rakan juga berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 3.56 meter berjaya dipancing di Sungai Suai pada 4 Mei lalu.

Tambahnya, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan buaya yang berjaya ditangkap oleh mereka di kawasan Suai setakat tahun ini kepada lima ekor.

“Pada 2 Jun lalu, seekor buaya sepanjang 3.56 meter berjaya ditangkap di Sungai Suai. Sebelum itu, pada 4 Mei lalu, seekor lagi buaya yang lebih besar dengan ukuran panjang 4.27 meter turut berjaya ditangkap di sungai yang sama.

“Usaha memburu dan mengawal populasi buaya dijalankan secara berterusan bagi mengurangkan risiko kepada penduduk yang sering menjalankan aktiviti di sungai dan kawasan perairan.

“Mengimbau kejayaan terdahulu, kami pernah menangkap seekor buaya jantan yang jauh lebih besar dengan ukuran 5.39 meter panjang dan dengan lebar badan sekitar 76 sentimeter, yang merupakan antara tangkapan terbesar pernah direkodkan.

“Tangkapan itu menunjukkan bahawa masih terdapat buaya bersaiz besar di kawasan sungai sekitar Suai dan memerlukan pemantauan berterusan demi keselamatan komuniti setempat,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, orang ramai yang berkunjung ke kawasan sungai turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Transformasi pertanian berteknologi, libat generasi muda perkasa keterjaminan makanan menjelang 2030
Next: Pengalaman Pedalaman Sarawak: Edisi Ulu Entabai 2026 sasar lebih 1,000 pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.