Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM1.1 juta naik taraf Jalan Ha Sha Lung tingkat keselamatan, kesalinghubungan di Batu Kawa
  • TEMPATAN

RM1.1 juta naik taraf Jalan Ha Sha Lung tingkat keselamatan, kesalinghubungan di Batu Kawa

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENERANGAN… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mendengar penerangan ketika melakukan lawatan tapak bagi meninjau kemajuan projek pemulihan jalan bernilai RM1.1 juta di sepanjang Jalan Ha Sha Lung (Segobang) di Batu Kawa.

KUCHING: Projek naik taraf Jalan Ha Sha Lung (Segobang) bernilai RM1.1 juta kini sedang dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan dan kesalinghubungan pengguna jalan raya di Batu Kawa sementara menunggu pelaksanaan projek infrastruktur utama di kawasan itu.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, projek sepanjang 4.1 kilometer yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP) itu melibatkan kerja-kerja menurap semula jalan serta melebarkan selekoh dan persimpangan di laluan penting tersebut.

Ketika melakukan lawatan tapak bagi meninjau kemajuan projek itu, Dr Sim merakamkan penghargaan kepada MPP selaku agensi pelaksana.

“Projek naik taraf jalan ini merupakan langkah sementara bagi memperbaiki aliran trafik dan keadaan jalan raya sementara menunggu pelaksanaan projek infrastruktur yang lebih besar di Batu Kawa,” katanya.

Menurut beliau, projek tersebut dilaksanakan dalam lima peringkat bermula 19 Mei hingga 18 November 2026 dengan tempoh pelaksanaan selama 132 hari.

Beliau berkata, Julai dijangka menjadi tempoh paling mencabar kepada pengguna jalan raya kerana kerja penurapan tar akan dijalankan di beberapa seksyen jalan secara berperingkat.

Dr Sim menjelaskan bahawa usaha menaik taraf jalan dengan lebih meluas berdepan kekangan kos pengambilan tanah yang tinggi memandangkan kedua dua sisi Jalan Ha Sha Lung melibatkan tanah milik persendirian.

Beliau berkata kos pengambilan tanah bagi projek infrastruktur di Batu Kawa semakin meningkat, dengan kos bagi projek Jambatan Kedua Batu Kawa melebihi RM700,000 bagi tanah tanpa akses jalan antara September hingga November tahun lalu.

Menurutnya, projek naik taraf jalan itu merupakan penyelesaian sementara sebelum pembinaan Jambatan Ketiga Batu Kawa yang dicadangkan menghubungkan Kampung Segedup dan Kampung Sejijak.

Projek jambatan yang dianggarkan bernilai RM750 juta dan dibiayai oleh kerajaan Sarawak itu dijangka melengkapkan projek Lebuh Raya Pintasan Sungai Sarawak sepanjang kira-kira enam kilometer yang dianggarkan bernilai RM2.4 bilion dan disokong melalui pembiayaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau turut memaklumkan bahawa pembinaan Jambatan Kedua Batu Kawa sedang berjalan lancar mengikut perancangan.

Dalam pada itu, Dr Sim berkata, ramai kontraktor kini berusaha menyiapkan projek secepat mungkin berikutan peningkatan kos bahan binaan yang dipengaruhi oleh ketegangan dan konflik di Asia Barat.

“Kenakan harga bahan binaan yang meningkat memberi tekanan kewangan kepada kontraktor kerana harga tender ditetapkan sebelum berlaku kenaikan kos yang ketara,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Lupar 1 bukan lokasi berniaga atau memancing – JKR Sarawak
Next: 99 kontinjen meriahkan Perarakan Niti Daun Gawai Dayak 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.