Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM1.7 juta diperuntukkan bagi 20 projek RTP di DUN Kabong siap dilaksanakan
  • Tengah
  • WILAYAH

RM1.7 juta diperuntukkan bagi 20 projek RTP di DUN Kabong siap dilaksanakan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir pada Majlis Ringkas Serah Projek Siap RTP ADUN N.40 Kabong yang diadakan di sekitar DUN Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak 20 projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM1.7 juta berjaya disiapkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong.

Ia sekali gus meningkatkan kemudahan awam serta kesejahteraan penduduk di beberapa kawasan sekitar Kabong, Gerigat, Alit, Emplam, Sessang, Nyabor dan Roban.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata kesemua projek yang diserahkan melibatkan kos keseluruhan RM1.7 juta dan merangkumi pelbagai kemudahan asas termasuk jalan kampung, lampu solar, gelanggang sukan, pondok rondaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta kemudahan sekolah.

Beliau berkata projek-projek tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan luar bandar dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Pelaksanaan projek RTP ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan infrastruktur, malah turut menyumbang kepada aspek keselamatan, keselesaan dan kualiti hidup masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ringkas Serah Projek Siap RTP ADUN N.40 Kabong yang diadakan di sekitar DUN Kabong, semalam.

DATO Mohd Chee Kadir pada Majlis Ringkas Serah Projek Siap RTP ADUN N.40 Kabong yang diadakan di sekitar DUN Kabong, semalam. Foto ADUN Kabong

Antara projek utama yang berjaya disiapkan ialah pembinaan Jalan Tanah Perkuburan Islam Kampung Gerigat, pemasangan lampu solar di lima jeti pangkalan di Kampung Gerigat.

Beberapa projek naik taraf laluan belian kepada laluan konkrit di Kampung Hulu Laut, Hilir Tengah dan kawasan sekitar Kabong, selain pembinaan enam pondok rondaan KRT di Kabong, Sessang, Gerigat, Nyabor, Emplam dan Alit.

Turut dilaksanakan ialah pembinaan lima gelanggang badminton baharu di beberapa rumah panjang serta naik taraf gelanggang serbaguna di bawah Pejabat Daerah Kecil Roban dan laluan pejalan kaki berbumbung di Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Paul, Roban.

Chee Kadir turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan peruntukan RTP yang membolehkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan di kawasan itu.

Beliau juga berterima kasih kepada agensi pelaksana, kontraktor, ketua masyarakat dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan mengikut perancangan serta berharap kemudahan yang disediakan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tradisi Makan Tahun Kedayan terus mekar di Bekenu
Next: Kempen derma darah pupuk gaya hidup sihat, bantu selamatkan nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.