Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Festival Maal Hijrah 1448H buka tirai dengan pelbagai aktiviti komuniti
  • TEMPATAN

Festival Maal Hijrah 1448H buka tirai dengan pelbagai aktiviti komuniti

Utusan Sarawak 6 hours ago
ABDUL Aziz menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang sempena Festival Maal Hijrah @ KCFM. Foto: UKAS

KUCHING: Festival Maal Hijrah 1448H/2026M (FMH) anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) secara rasmi membuka tirainya hari ini menerusi simbolik menaikkan Bendera Festival Maal Hijrah di pekarangan Baitul Makmur, Medan Raya.

Majlis perasmian disempurnakan Setiausaha Kehormat LAKMNS, Tan Sri Abdul Aziz Husain sempena penganjuran Festival Maal Hijrah @ Pagi Bebas Kenderaan Kuching (KCFM) yang diadakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Program yang berlangsung di Medan Raya itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti termasuk kayuhan santai, larian, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, jualan kompos, senam aerobik serta cabutan hadiah bertuah untuk para pengunjung.

Abdul Aziz turut melepaskan peserta kayuhan santai dan larian sebelum meluangkan masa melawat reruai pameran serta aktiviti yang disediakan sepanjang program berlangsung.

SIMBOLIK menaikkan Bendera Festival Maal Hijrah 1448H/2026M di pekarangan Baitul Makmur. Foto: UKAS

Festival Maal Hijrah 1448H/2026M berlangsung dari 12 hingga 21 Jun ini dengan Dewan Serbaguna Taman Sukma sebagai lokasi utama penganjuran pelbagai program berteraskan kerohanian, pendidikan dan kemasyarakatan.

Orang ramai dialu-alukan hadir bagi memeriahkan festival berkenaan yang menawarkan pelbagai pengisian menarik untuk segenap lapisan masyarakat.

Selain aktiviti yang telah dijadualkan, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah termasuk dua pakej umrah dan dua buah motosikal yang akan diumumkan pada Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah pada 21 Jun ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datu Abdul Hadi Abdul Kadir, Pengarah DBKU Ramzi Abdillah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Mohamad Feisal Said serta pengurusan kanan LAKMNS dan DBKU.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kesyukuran Hari Keputeraan Agong peringkat Sarawak berlangsung penuh penghayatan
Next: TYT Sarawak santuni peniaga, pengunjung Pasar Tamu Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.