Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kapten baharu Jepun Itakura sedia stabilkan pasukan susulan pengunduran Endo
  • SUKAN

Kapten baharu Jepun Itakura sedia stabilkan pasukan susulan pengunduran Endo

Utusan Sarawak 6 hours ago
KO Itakura #4 dari Jepun memberikan reaksi semasa sesi latihan terbuka menjelang Piala Dunia 2026 di Geodis Park. Foto AFP

NASHVILLE: Kapten baharu Jepun Ko Itakura berikrar untuk menyatukan pasukan selepas persiapan menjelang perlawanan pembukaan Piala Dunia menentang Belanda pada Ahad sedikit terganggu susulan pengunduran bekas kapten berpengaruh Wataru Endo, lapor Kyodo News.

Selepas sesi latihan berhampiran kem pangkalan mereka di Nashville, Tennessee, pertahanan kelab Ajax itu pada Jumaat mendedahkan bahawa satu pertemuan membabitkan semua anggota skuad, termasuk pengganti Endo iaitu penyerang Shuto Machino dijangka diadakan sebaik mereka tiba di Dallas lewat hari itu.

“Kami menjalani latihan yang baik dan berintensiti tinggi, selain suasana pasukan semakin positif, namun kami masih boleh meningkatkan lagi keserasian dan semangat berpasukan,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Separuh daripada skuad 26 pemain kendalian Hajime Moriyasu menyertai Piala Dunia buat kali pertama dan Itakura, yang pernah berada dalam situasi sama empat tahun lalu di Qatar, berkata pemain berpengalaman mahu mencorakkan suasana pasukan kali ini.

“Saya akan cuba meredakan sebanyak mungkin kebimbangan sebelum perlawanan pertama dan berkongsi apa yang difikirkan semua pemain,” katanya.

Menurut Itakura, pemain senior mewujudkan suasana tertentu dalam pertemuan semasa kejohanan lalu dan perkara itu hanya difahami oleh mereka yang pernah melaluinya sendiri.

“Ia sudah tentu akan merangkumi aspek mental selain apa yang sedang dilakukan pasukan ketika ini. Kami telah meneliti aspek taktikal dan saya mahu mendengar jika ada pemain yang berasa bimbang atau menghadapi kesukaran kerana penting untuk semua pemain berasa selesa menjelang perlawanan pembukaan,” katanya.

Itakura turut menegaskan kepentingan memperkemas asas pertahanan apabila “Samurai Blue” menentang negara tempat beliau beraksi bersama kelabnya di Stadium Dallas.

“Kami tidak boleh memberi ruang kepada mereka untuk mengeksploitasi kelemahan kami. Kami sememangnya memahami kualiti pemain mereka selepas menganalisis setiap pemain secara individu dan telah berlatih bagaimana untuk menghadapi mereka,” katanya.

Jepun pernah bertemu Belanda sekali di Piala Dunia sebelum ini, namun tewas 1-0 pada peringkat kumpulan di Afrika Selatan pada 2010. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tim Ream jadi pemain pertama terima manfaat peraturan “salah identiti”
Next: Ghana bantah Kanada selepas pemain Partey dinafikan visa ke Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.