Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jelajah Wira MADANI wajar diperluaskan, pupuk patriotisme
  • TEMPATAN

Jelajah Wira MADANI wajar diperluaskan, pupuk patriotisme

Utusan Sarawak 7 hours ago
UNTUK KENANGAN… Tiong dan Dr Annuar merakam kenangan pada Majlis Sambutan Hari Gawai sempena Program Jelajah Wira MADANI 2026 di Dewan RASCOM, Kem RASCOM, 9 Briged, hari ini.

SIBU: Tentera Darat Malaysia (TDM) digesa supaya memperluaskan penganjuran program Jelajah Wira MADANI untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan tanah air.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing berkata, program tersebut juga sebagai platform untuk meningkatkan kefahaman rakyat mengenai peranan anggota tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Menurutnya, keamanan dan kestabilan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan serta komitmen berterusan anggota keselamatan yang sentiasa bersedia mempertahankan negara.

“Saya berharap lebih banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa hadapan, termasuk melibatkan veteran tentera lelaki dan wanita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Gawai sempena Program Jelajah Wira MADANI 2026 di Dewan Kem RASCOM, 9 Briged, hari ini.

TIONG ketika menghadiri majlis sambutan Hari Gawai sempena Program Jelajah Wira MADANI 2026 di Dewan RASCOM, Kem RASCOM, 9 Briged, hari ini.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, sambutan Hari Gawai mempunyai makna besar dan menjadi simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

“Hari Gawai mempunyai makna besar kepada masyarakat Dayak di Sarawak kerana melambangkan kesyukuran atas hasil dan rezeki yang diperoleh. Kepelbagaian budaya dan kaum di Sarawak perlu terus dijadikan kekuatan untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu turut merakamkan penghargaan kepada anggota, keluarga 9 Briged dan veteran tentera atas jasa serta pengorbanan mereka dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

Pada majlis tersebut, Tiong turut menyampaikan peruntukan RM50,000 kepada 9 Briged TDM.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa’ee dan Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak nafi dokumen Permit Perjalanan Sementara, orang ramai diminta berwaspada
Next: Ketua kampung perlu pastikan maklumat bantuan sampai kepada rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.