Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sri Aman selamatkan kucing terperangkap di siling rumah
  • Selatan
  • WILAYAH

APM Sri Aman selamatkan kucing terperangkap di siling rumah

Utusan Sarawak 11 hours ago
ANGGOTA APM Sri Aman berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas siling sebuah rumah di Kampung Hilir, Sri Aman dalam satu operasi khas, hari ini. Foto: APM Sri Aman

SIMANGGANG: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas siling sebuah rumah di Kampung Hilir, Sri Aman dalam satu operasi khas, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik haiwan berkenaan yang memaklumkan kucing peliharaannya tidak dapat turun selepas terperangkap di ruang siling rumah.

Menurut beliau, sepasukan anggota APM Sri Aman telah digerakkan ke lokasi sejurus menerima aduan bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi, anggota bertindak melakukan penilaian keadaan sebelum memulakan usaha mengeluarkan kucing yang berada di atas siling rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Leftenan Kamal berkata, operasi menyelamat dijalankan dengan berhati-hati bagi memastikan keselamatan haiwan berkenaan serta mengelakkan sebarang kerosakan pada struktur rumah.

“Hasil tindakan pantas anggota APM, kucing tersebut berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kucing berkenaan katanya lagi kemudiannya diserahkan semula kepada pemiliknya yang menzahirkan penghargaan atas bantuan dan komitmen anggota APM dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Leftenan Kamal turut menegaskan bahawa APM sentiasa bersedia memberikan bantuan kecemasan dan khidmat kemanusiaan kepada masyarakat, termasuk dalam situasi melibatkan penyelamatan haiwan yang memerlukan tindakan segera.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laluan Sibu–Tanjung Manis: Pembaikan selesai, penurapan bermula esok
Next: MRSM Betong bukti sekolah luar bandar mampu lakar kecemerlangan SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.