Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pemain Jerman ragu-ragu terhadap lagu Piala Dunia ciptaan AI
  • SUKAN

Pemain Jerman ragu-ragu terhadap lagu Piala Dunia ciptaan AI

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEMAIN pertahanan Jerman, Jonathan Tah dan Nico Schlotterbeck semasa sidang media praperlawanan. Foto AFP

WINSTON-SALEM, Carolina Utara: Pemain pertahanan Jerman, Jonathan Tah dan Nico Schlotterbeck meluahkan rasa ragu-ragu terhadap lambakan lagu ciptaan kecerdasan buatan (AI) yang dikaitkan dengan skuad kebangsaan itu sepanjang berlangsungnya Piala Dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Saya lebih suka jika ia dihasilkan oleh pemuzik sebenar dan manusia sejati,” kata Tah menjelang perlawanan pembukaan Jerman menentang Curaçao.

Sementara itu, Schlotterbeck berkata beliau ada mendengar beberapa lagu berkenaan namun mempunyai pandangan bercampur baur mengenainya.

“Saya rasa ada yang bagus dan ada yang kurang bagus,” katanya sambil menambah bahawa setakat ini tiada satu pun lagu yang dipilih oleh skuad itu sebagai lagu tema tidak rasmi skuad itu untuk kejohanan berkenaan.

Kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada itu telah mencetuskan gelombang penghasilan lagu mengenai pemain Jerman, termasuk beberapa lagu hasilan AI yang mengandungi kandungan kontroversi serta menimbulkan persoalan.

Trend itu berbeza sama sekali dengan tradisi lama dalam bola sepak Jerman, yang menyaksikan pemain pasukan kebangsaan akan merakamkan lagu rasmi menjelang kejohanan besar.

Sebelum Piala Dunia 1978 di Argentina, skuad Jerman merakamkan lagu “Buenos Dias Argentina” bersama penyanyi Udo Jürgens, manakala menjelang Piala Dunia 1990 yang menyaksikan Jerman muncul juara, para pemain sekali lagi berganding bahu dengan Jürgens mendendangkan lagu “Wir sind schon auf dem Brenner”.

Pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat pula, barisan pemain Jerman merakamkan lagu “Far Away in America” bersama kumpulan Village People.

Schlotterbeck berkata beliau tidak bertanggungjawab untuk memilih muzik di dalam bilik persalinan pasukan, namun gembira mendengar apa sahaja lagu yang diputarkan oleh rakan sepasukannya.

Dalam pada itu, Tah kelihatan terhibur dengan perhatian yang diberikan terhadap lagu-lagu berkenaan, dan menyatakan bahawa pasukan itu lebih gemar memberikan tumpuan kepada bola sepak berbanding perkara yang boleh mengganggu fokus mereka. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Skuad AS cergas sepenuhnya, siap hadapi cabaran sukar Paraguay – Pochettino
Next: Kontrak jurulatih Australia Popovic dilanjutkan hingga 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.