Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Buruh Rohingya didakwa rompak rumah Datuk Razif Sidek
  • MAHKAMAH

Buruh Rohingya didakwa rompak rumah Datuk Razif Sidek

Utusan Sarawak 5 hours ago
BURUH warga Rohingya Mohamad Fawyas Yasin (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak kediaman legenda badminton negara Datuk Razif Sidek dengan bersenjatakan pisau, bulan lepas. Mohamad Fawyas, 27, didakwa merompak harta milik Datuk Mohamad Razif Mohd Sidek, 64, dengan bersenjatakan pisau, di sebuah rumah di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail pada 12.20 tengah hari, 19 Mei. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang buruh warga Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak kediaman legenda badminton negara Datuk Razif Sidek dengan bersenjatakan pisau, bulan lepas.

Mohamad Fawyas Yasin, 27, didakwa merompak harta milik Datuk Mohamad Razif Mohd Sidek, 64, dengan bersenjatakan pisau, di sebuah rumah di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail pada 12.20 tengah hari, 19 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu adalah serius selain kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik tertuduh telah tamat tempoh.

“Sekiranya jaminan dibenarkan dan tertuduh tidak hadir ke mahkamah, sukar untuk menjejaki keberadaannya memandangkan dia tidak mempunyai alamat tetap. Selain itu, tertuduh juga mengetahui alamat mangsa dan saksi, jadi dikhuatiri saksi-saksi akan diganggu,” katanya.

Sementara itu, Peguam Mansheel Kaur yang mewakili Mohamad Fawyas memohon jaminan rendah kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh dan berpendapatan RM50 sehari dan perlu menyara isteri yang tidak bekerja serta seorang anak berumur 10 bulan.

“Tertuduh tinggal di negara ini selama 15 tahun dan berhubung dengan kad UNHCR, kad tersebut dalam proses untuk diperbaharu,” kata peguam itu.

Hakim Siti Shakirah Mohtarudin tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan tiada kad UNCHR yang sah untuk dipertimbangkan mahkamah dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki dipenjara seminggu, didenda RM2,000 rakam mangsa dalam tandas
Next: Pemandu lori didenda RM5,000 parkir treler punca nahas maut.

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.