Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Peminat alami serangan jantung di Stadium Azteca sebelum pembukaan Piala Dunia
  • SUKAN

Peminat alami serangan jantung di Stadium Azteca sebelum pembukaan Piala Dunia

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG peminat bukan warga Mexico mengalami serangan jantung di luar Stadium Azteca sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia di Mexico City dan kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital. Foto AGENSI

MEXICO CITY: Seorang peminat bukan warga Mexico mengalami serangan jantung di luar Stadium Azteca sejurus sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia di Mexico City pada Khamis antara Mexico dan Afrika Selatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lelaki itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa di ibu negara Mexico itu pada awalnya tidak mendedahkan butiran kewarganegaraan lelaki berkenaan dalam satu kenyataan di platform X, namun mengesahkan bahawa beliau bukan rakyat Mexico.

Cuaca panas dijangka menjadi masalah meluas kepada pemain dan penyokong sepanjang Piala Dunia paling lama pernah berlangsung itu, yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada. Mexico City juga terletak di kawasan altitud tinggi.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Piala Dunia bakal pecah rekod kehadiran penonton – FIFA
Next: Korea Selatan tewaskan Republik Czech untuk permulaan meyakinkan di Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.