Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua warga asing ditahan, 17 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Dua warga asing ditahan, 17 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh IPD Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Engkilili, petang semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Dua lelaki warga asing ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Engkilili, petang semalam.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, kedua-dua individu tersebut ditahan oleh pasukan Pasukan Petugas IPD Lubok Antu semasa pemeriksaan mengejut (snap check) dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Operasi yang diketuai oleh Inspektor Lion Bagih selaku Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Daerah itu melibatkan 19 anggota daripada pelbagai cawangan dan pangkat.

DUA lelaki warga asing ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah. Foto IPD Lubok Antu

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan dilancarkan bagi mencegah serta membanteras kegiatan jenayah, meningkatkan kehadiran polis di kawasan tumpuan jenayah, mengesan individu yang dikehendaki, menjalankan pemeriksaan terhadap individu dan kenderaan yang mencurigakan serta mengurangkan kesalahan lalu lintas.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 155 kenderaan dan 185 individu telah diperiksa oleh anggota polis bertugas.

Dalam masa sama, polis turut mengeluarkan 17 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan sepanjang operasi tersebut.

IPD Lubok Antu menegaskan akan terus komited melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah itu sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah, miliki rekod lampau ditahan polis di Betong
Next: Polis Saratok sita tiga motosikal, keluar 10 saman dalam Ops Bersepadu Bersasar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.