Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan miliki cecair disyaki air ketum di Kampung Seniawan
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan miliki cecair disyaki air ketum di Kampung Seniawan

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS berjaya menahan dua orang lelaki tempatan selepas didapati memiliki cecair yang disyaki air ketum dalam satu serbuan di Kampung Seniawan, Serian, lewat malam semalam. Foto IPD Serian

SERIAN: Dua lelaki tempatan berusia 34 dan 53 tahun ditahan polis dalam satu operasi di Kampung Seniawan di sini lewat malam semalam selepas disyaki memiliki cecair dipercayai air ketum.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, kedua-dua suspek ditahan hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak polis dalam usaha membanteras penyalahgunaan bahan terlarang di daerah berkenaan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan menemukan cecair yang disyaki air ketum dan siasatan awal mendapati bekalan ketum tersebut dipercayai ditanam sendiri di kawasan rumah tempat tinggal suspek.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan tindakan terhadap individu yang memiliki atau mengendalikan bahan berkenaan tanpa kebenaran yang sah.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Polis turut mengingatkan masyarakat supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan penyalahgunaan ketum dan dadah kerana tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah dan ketum diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras gejala tersebut dalam masyarakat.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serian, menegaskan akan terus memperhebat operasi dan mengambil tindakan tegas terhadap pengedar serta pengguna dadah berulang mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut, pesalah yang disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebatan tidak melebihi tiga kali.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: JKDM Sarawak rampas rokok, minuman keras dan ganja bernilai RM7.39 juta di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.