Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran mesin dandang di kilang H-5 Timber berjaya dipadam
  • KEBAKARAN

Kebakaran mesin dandang di kilang H-5 Timber berjaya dipadam

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran melibatkan sebuah mesin dandang di luar bangunan kilang H-5 Timber Sdn Bhd di Jalan Bintulu-Sibu hari ini. Foto JBPM Sarawak 

BINTULU: Sebuah mesin dandang yang terletak di luar bangunan kilang H-5 Timber Sdn Bhd di Jalan Bintulu-Sibu dilaporkan terbakar dalam satu insiden hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah mesin dandang di kawasan luar bangunan kilang berkenaan.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan media buih (foam) melalui satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan bantuan air tangki dan pam jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dapur rumah terbakar, tindakan pantas penduduk elak kemusnahan lebih besar
Next: Rumah musnah 90 peratus dalam kebakaran di Kampung Sri Arjuna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.