Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah kayu dua tingkat musnah dalam kebakaran di Sibu
  • KEBAKARAN

Rumah kayu dua tingkat musnah dalam kebakaran di Sibu

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEBUAH rumah kayu dua tingkat musnah dalam satu kejadian kebakaran hari ini. Foto Bomba

SIBU: Sebuah rumah dua tingkat jenis struktur tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Jeriah Abang Ramli, Batu 7½, Jalan Oya di sini hari ini.

Ketua Zon Bomba Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 11.30 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan BBP Sibu Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada 11.43 pagi dan mendapati rumah berkeluasan 30 kaki x 98 kaki itu telah terbakar 100 peratus. Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah bersebelahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, rumah berkenaan dihuni oleh tiga ketua isi rumah melibatkan seramai 19 penghuni dan kesemua mereka dilaporkan selamat.

“Pasukan bomba menggunakan sumber air daripada pili bomba serta sumber air terbuka bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” jelasnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada 2.00 petang, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Stor barangan runcit musnah dalam kebakaran awal pagi
Next: Kebakaran ladang sawit Skim C Kampung Kupang, padam sepenuhnya selepas dua hari operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.