Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak negeri pertama di Malaysia laksana Program Komuniti Jago
  • SUKAN

Sarawak negeri pertama di Malaysia laksana Program Komuniti Jago

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK KENANGAN… Ling Ching Rou (barisan hadapan, tiga kiri), Abdul Taib Rosli (barisan hadapan, kiri), Moses Ting Ming Chung (baris hadapan, dua kiri) bergambar bersama peserta dan tetamu pada Majlis Perasmian Kejohanan E-sukan Antara Sekolah Mobile Legends: Bang Bang 2026 di Institut Methodist Pilley (MPI), hari ini.

SIBU: Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan Program Komuniti Jago, iaitu satu inisiatif kerjasama antara Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) dan Tencent bagi mencungkil serta membangunkan bakat e-sukan di peringkat akar umbi.

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Sibu (SDESA), Abdul Taib Rosli berkata program yang diperkenalkan di Sibu itu merupakan pelaksanaan pertama di Sarawak dan Malaysia sebelum diperluaskan ke Sabah dan seterusnya ke Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, inisiatif berkenaan mengadaptasi pendekatan yang telah dilaksanakan di Indonesia dan terbukti berjaya dalam pembangunan bakat esukan di peringkat komuniti.

“Kita melancarkan Komuniti Jago untuk mencungkil bakat-bakat yang boleh diketengahkan dalam pertandingan PUBG Mobile pada masa akan datang.

“Program ini merupakan aktiviti pertama di Sibu, pertama di Sarawak dan juga pertama di Malaysia. Selepas ini, apabila pelaksanaan di Sarawak semakin aktif, ia akan diperluaskan ke Sabah dan seterusnya ke Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Kejohanan E-sukan Antara Sekolah Mobile Legends: Bang Bang 2026 di Institut Methodist Pilley (MPI), di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Moses Ting Ming Chung yang mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan), Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Abdul Taib berkata program itu turut membuka peluang kepada pemain muda berbakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dalam arena esukan profesional.

Menurutnya, walaupun SDESA bergerak sebagai persatuan di peringkat akar umbi, pihaknya pernah menghantar pasukan ke pertandingan Liga Pro PUBG dan berjaya menduduki tempat kelapan terbaik di Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa masih terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai tanggapan negatif terhadap permainan PUBG Mobile kerana menganggapnya terlalu ekstrem.

“Bagaimanapun, e-sukan kini telah menjadi sebahagian daripada ekosistem sukan negara dan mempunyai garis panduan tersendiri hasil kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan.

“Justeru, saya menggalakkan lebih banyak sekolah menubuhkan kelab esukan bagi membangunkan bakat pemain sejak usia muda,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kesemua kelab e-sukan agar mendapatkan pendaftaran rasmi bagi memudahkan akses kepada geran dan bantuan kerajaan, selain memperkukuh aspek akauntabiliti serta tadbir urus organisasi.

Sementara itu, Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Antara Sekolah 2026 menyaksikan penyertaan 140 peserta membabitkan 16 pasukan dari 10 sekolah.

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran saluran WhatsApp yang bertujuan menghimpunkan peminat permainan Mobile Legends: Bang Bang dalam satu platform bagi memudahkan penyampaian maklumat terkini berkaitan program dan aktiviti e-sukan.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Gabenor Institut Methodist Pilley (MPI), Ling Ching Rou.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Peraturan asrama masih fleksibel, pemain dibenarkan keluar setiap hari – Chong Wei
Next: Gandingan baharu potensi terbaik butirkan emas sulung Olimpik Negara – Chong Wei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.