Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak, China perhebat kerjasama termasuk penubuhan sekolah perubatan bertaraf dunia
  • KESIHATAN

Sarawak, China perhebat kerjasama termasuk penubuhan sekolah perubatan bertaraf dunia

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAIKAN…. Dr Sim dan Ouyang (duduk, lima kanan) bersama tetamu merakam kenangan pada majlis makan malam.

SIBU: Sarawak sedang memperkukuh kerjasama strategik dengan China termasuk usaha penubuhan kampus luar negara pertama Universiti Fudan di Sarawak bagi menangani kekurangan doktor yang dianggarkan mencecah 2,000 orang.

Timbalan Premier Sarawak, Dr Sim Kui Hian berkata, semua pihak berkaitan termasuk kerajaan Sarawak, Malaysia dan Shanghai telah memberikan persetujuan terhadap cadangan tersebut, manakala kelulusan terakhir kini menunggu keputusan Kerajaan China di Beijing.

“Saya akan ke Beijing minggu hadapan dengan harapan memperoleh kelulusan terakhir daripada Kerajaan China. Kami juga memohon Duta Besar (Republik Rakyat China ke Malaysia) bagi memastikan inisiatif ini mendapat persetujuan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Cina Bersatu (UCA) Bahagian Sibu bagi meraikan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di salah sebuah hotel terkemuka, di sini malam tadi.

Menurutnya, Sarawak memerlukan lebih banyak sekolah perubatan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja kesihatan. 

Beliau turut memaklumkan bahawa Hospital Umum Sarawak kini diiktiraf sebagai antara hospital penyelidikan klinikal terbaik di Malaysia, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri itu dalam bidang penyelidikan perubatan.

“Sarawak juga berminat meneroka kerjasama dengan sektor farmaseutikal dan bioteknologi China yang berkembang pesat, khususnya dalam penyelidikan kanser dan pembangunan ubat-ubatan,” ujarnya.

Menurutnya, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebelum ini telah memohon tempat untuk pelajar pascasiswazah tajaan Sarawak di universiti-universiti terkemuka China termasuk Universiti Tsinghua dan Universiti Peking.

“Program biasiswa kerajaan negeri terbuka kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, peluang tersebut terbuka kepada semua rakyat Sarawak yang layak tanpa mengira kaum, selaras dengan agenda pembangunan bakat dan pembinaan negara bangsa yang inklusif.

Dr Sim turut menekankan kepentingan pembangunan bakat serta pendidikan sebagai sebahagian daripada agenda pembinaan negara bangsa Sarawak.

“Kerajaan Sarawak terus melabur dalam pendidikan termasuk melalui inisiatif pendidikan tinggi percuma serta bantuan kewangan kepada pelajar yang layak,” ujar beliau.

Dr Sim turut menghargai peranan pertubuhan masyarakat Cina di Sarawak, khususnya di Sibu, yang sekian lama memperjuangkan pengiktirafan ijazah perubatan daripada universiti-universiti di China.

“Usaha tersebut akhirnya menyumbang kepada pengiktirafan Malaysia terhadap kelayakan perubatan dari Universiti Shanghai Jiao Tong dan Universiti Fudan, sekali gus membolehkan graduan kembali berkhidmat di Sarawak.

Sehingga kini, kira-kira 70 doktor yang dilatih di kedua-dua universiti tersebut sedang berkhidmat di seluruh Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Datuk Michael Tiang Ming Tee, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, ADUN Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Datuk Tiong Thai King, Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming dan Presiden Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu Ngieng Hock Teck.

Oleh Akun Giman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: China bantu Afrika perangi Ebola
Next: Penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan hanya di premis berdaftar, berlesen di bawah Akta 586

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.