Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Hollywood kenang Marilyn Monroe 100 tahun selepas kelahirannya
  • HIBURAN

Hollywood kenang Marilyn Monroe 100 tahun selepas kelahirannya

Utusan Sarawak 3 hours ago
SOPHIA Serrano berucap pada majlis pembukaan pameran Marilyn Monroe: Hollywood Icon di Academy Museum of Motion Pictures pada 28 Mei 2026 di Los Angeles, California. Foto AFP

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Bandar Hollywood, tempat kelahiran Marilyn Monroe, memulakan siri acara khas pada Isnin bagi memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran ikon filem itu.

Di Chinese Theatre yang bersejarah, lokasi cap tangan Monroe diabadikan bersama rakan pelakonnya dalam filem Gentlemen Prefer Blondes (1953), Jane Russell.

Para peminat merancang untuk menyanyikan lagu “Happy Birthday”, sekali gus mengimbau nyanyian terkenal Monroe kepada Presiden John F. Kennedy suatu ketika dahulu.

Sebanyak 100 kuntum bunga ros dan sebiji kek akan diletakkan di lokasi berkenaan, yang menjadi simbol era kegemilangan Hollywood serta destinasi pelancongan popular.

SUASANA pada majlis pembukaan pameran Marilyn Monroe: Hollywood Icon di Academy Museum of Motion Pictures pada 28 Mei 2026 di Los Angeles, California. Foto AFP

Penghormatan kepada legenda Hollywood itu bermula pada Ahad apabila Academy Museum membuka pameran Marilyn Monroe: Hollywood Icon, yang mengetengahkan perjalanan kerjaya filem dan kehidupan beliau yang berakhir terlalu awal.

Selepas melonjak menjadi bintang tersohor pada era 1950-an, pelakon dan model itu meninggal dunia akibat pengambilan dos berlebihan di kediamannya di Brentwood pada Ogos 1962 ketika berusia 36 tahun.

Sepanjang bulan ini, Academy Museum akan menganjurkan tayangan khas beberapa filem terkenal lakonannya, termasuk The Asphalt Jungle (1950), Niagara (1953), The Seven Year Itch (1955), Some Like It Hot (1959) dan The Misfits (1961).

Pameran yang berlangsung sehingga Februari 2027 itu menampilkan ratusan koleksi asli, termasuk beberapa artifak yang jarang dipamerkan kepada umum.

Antaranya ialah gaun merah jambu terkenal yang dipakai Monroe ketika mempersembahkan lagu Diamonds Are a Girl’s Best Friend dalam filem Gentlemen Prefer Blondes.

Pada 4 Jun ini, Julien’s Auctions akan melelong hampir 200 barangan kenangan Monroe menerusi jualan khas bertemakan 100 Years of Marilyn.

Antara barangan yang ditawarkan ialah gambar yang belum pernah diterbitkan, naskhah skrip yang mengandungi catatan beliau untuk produksi terakhirnya, filem pendek yang tidak sempat disiapkan Something’s Got to Give, serta barangan peribadi seperti resipi tulisan tangan dan gincu Elizabeth Arden miliknya.

Pembina Imej Ikonik

Dilahirkan di Los Angeles pada 1 Jun 1926, Monroe melalui zaman kanak-kanak yang tidak menentu dengan berpindah-randah antara rumah anak yatim dan keluarga angkat. Beliau berkahwin buat kali pertama pada usia 16 tahun.

SUASANA majlis pembukaan pameran Marilyn Monroe: Hollywood Icon di Academy Museum of Motion Pictures pada 28 Mei 2026 di Los Angeles, California. Foto AFP

Penglibatan awalnya dalam dunia hiburan bermula pada 1944 ketika bekerja di sebuah kilang apabila seorang jurugambar datang merakam gambar wanita yang bertugas di barisan pengeluaran semasa Perang Dunia Kedua.

Tidak lama kemudian, beliau menceburi bidang peragaan, bercerai dengan suaminya dan membuat keputusan yang mengubah perjalanan kerjayanya apabila mewarnakan rambut perang gelap kepada warna perang platinum.

Beliau memperoleh kontrak pertamanya dengan Fox dan menjelang usia 30 tahun telah muncul sebagai bintang bertaraf antarabangsa.

Di sebalik popularitinya, Monroe turut menubuhkan syarikat produksinya sendiri, mengikuti latihan di Actors Studio yang berprestij di New York serta berani menentang kehendak studio filem.

Pada era 1950-an, ketika masih terikat dengan kontrak 20th Century Fox, beliau menolak untuk berlakon dalam adaptasi muzikal The Girl in Pink Tights kerana menganggap skripnya tidak berkualiti.

Selain itu, bayaran yang ditawarkan  tiga kali lebih rendah berbanding pelakon bersama, Frank Sinatra disifatkannya sebagai tidak adil.

Lebih setengah abad sebelum gerakan #MeToo menggegarkan industri hiburan global, Monroe lantang mengkritik golongan “serigala” Hollywood yang mengambil kesempatan terhadap bakat wanita. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Jason Momoa akui lalui tahun terbaik dalam kerjayanya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.