Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kementerian Perbandaran Arab Saudi umum operasi haji 1447 Hijrah berjaya
  • SEMASA

Kementerian Perbandaran Arab Saudi umum operasi haji 1447 Hijrah berjaya

Utusan Sarawak 19 hours ago
GAMBAR hiasan.

RIYADH: Kementerian Perbandaran dan Perumahan Arab Saudi menerusi Perbandaran Makkah mengumumkan kejayaan pelaksanaan pelan operasi musim haji 1447 Hijrah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pelan itu dilaksanakan oleh lebih 22,000 petugas khusus dengan sokongan 3,000 aset dan jentera yang beroperasi sepanjang masa di Makkah dan tapak suci.

Jurucakap kementerian Mohammed Al Rasasimah berkata usaha pembersihan dan sanitasi alam sekitar berjaya mengutip lebih 250,000 tan sisa di Makkah sejak 15 Zulkaedah, dengan purata melebihi 6,000 tan sehari.

Selain itu, lebih 16,000 tan sisa dibersihkan di tapak suci dengan purata melebihi 200 tan sehari.

Pasukan khas turut menjalankan lebih 38,000 lawatan pemeriksaan ke dapur penyediaan makanan dan premis makanan di Makkah serta tapak suci, selain menguji lebih 5,000 sampel makanan menerusi makmal lapangan dan tetap.

Tiada kes keracunan makanan direkodkan sepanjang musim haji 1447 Hijrah.

Musim haji kali ini turut melibatkan lebih 21,000 sukarelawan lelaki dan wanita yang membantu perkhidmatan lapangan, pengurusan serta kesedaran.

Usaha mereka termasuk memberi panduan, mengawal pergerakan orang ramai serta mengagihkan air, payung dan hadiah bagi meningkatkan pengalaman keseluruhan jemaah haji.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hujan lebat, ribut petir diramal landa tujuh negeri hingga 9.00 malam ini
Next: Hari Wesak diraikan di seluruh negara dalam suasana harmoni, kesyukuran  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.