Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hari Gawai budaya unik yang satukan rakyat Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Hari Gawai budaya unik yang satukan rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man menyertai penduduk setempat dalam sambutan Pra-Gawai di Kampung Al Junaid, Kampung Batu 6 Kuala Baram dan Senadin di Miri baru-baru ini.

MIRI: Hari Gawai bukan sekadar perayaan masyarakat Dayak, malah menjadi lambang perpaduan yang menyatukan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang di Sarawak dalam semangat hormat-menghormati serta kebersamaan.

Ahli Parlimen  Miri, Chiew Choon Man berkata, keunikan budaya yang ditampilkan sepanjang sambutan Gawai wajar terus dipelihara kerana ia merupakan sebahagian daripada identiti dan warisan berharga negeri ini.

Menurutnya, sambutan Pra-Gawai yang berlangsung di Kampung Al Junaid, Kampung Batu 6 Kuala Baram dan Senadin di sini  baru-baru ini membuktikan perayaan tersebut mampu mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man menyertai penduduk setempat dalam sambutan Pra-Gawai di Kampung Al Junaid, Kampung Batu 6 Kuala Baram dan Senadin di Miri baru-baru ini.

“Gawai adalah perayaan budaya yang unik dan amat dihargai oleh masyarakat Dayak. Pada masa sama, ia menjadi platform yang menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang dalam suasana penuh muhibah dan persahabatan.

“Tradisi seperti tarian kebudayaan, makanan tradisional dan aktiviti komuniti bukan sahaja memeriahkan sambutan, malah membantu meningkatkan kefahaman serta penghargaan terhadap kepelbagaian budaya Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, program Pra-Gawai yang menghimpunkan penduduk, pemimpin komuniti dan ahli keluarga itu turut memberi peluang untuk beliau berinteraksi secara langsung dengan masyarakat setempat.

AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man menyertai penduduk setempat dalam sambutan Pra-Gawai di Kampung Al Junaid, Kampung Batu 6 Kuala Baram dan Senadin di Miri baru-baru ini.

Katanya, pertemuan tersebut membolehkan beliau mendengar sendiri pandangan, harapan dan maklum balas penduduk mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan musim perayaan sebagai waktu terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperkukuh semangat kejiranan dalam komuniti.

“Adalah menggembirakan melihat masyarakat berkumpul dan meraikan perayaan bersama dalam suasana harmoni serta saling menghormati.

“Saya berharap kita akan terus memelihara dan mempromosikan warisan budaya unik Sarawak sambil memperkukuhkan perpaduan serta persefahaman antara semua kaum,” katanya.

Beliau turut menaja makanan bagi program Pra-Gawai di ketiga-tiga kawasan tersebut sebagai tanda sokongan terhadap usaha komuniti dalam memeriahkan sambutan Hari Gawai tahun ini.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Program korban, tahlil perdana DUN Lingga perkukuh ukhuwah masyarakat
Next: Warisan miring terus dipelihara menjelang Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.