Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ​Pemandu bas ekspres positif ketum ditahan dalam Operasi Bersepadu JPJ-AADK 
  • TEMPATAN

​Pemandu bas ekspres positif ketum ditahan dalam Operasi Bersepadu JPJ-AADK 

Utusan Sarawak 13 hours ago
HASIL pemeriksaan yang dijalankan hari ini telah mendapati seorang pemandu bas disahkan positif ketum oleh pihak AADK. Foto: JPJ Sarawak.

​KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertingkatkan kawalan keselamatan jalan raya dengan melaksanakan operasi bersepadu yang memfokuskan kepada pemeriksaan teknikal kenderaan serta tahap kesihatan para pemandu perkhidmatan awam.

​Langkah proaktif ini diambil bagi memastikan semua kenderaan berat khususnya bas ekspres berada dalam keadaan mekanikal yang terbaik, selain memastikan pemandu bebas daripada sebarang pengaruh bahan terlarang sebelum memulakan perjalanan.

​Menurut kenyataan media JPJ berkata, selain melaksanakan pemeriksaan teknikal dan pemantauan tahap keselamatan bas ekspres, pihaknya turut menjalankan operasi bersepadu bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melalui pemeriksaan saringan air kencing ke atas pemandu-pemandu bas di terminal bas.

HASIL pemeriksaan yang dijalankan hari ini telah mendapati seorang pemandu bas disahkan positif ketum oleh pihak AADK. Foto: JPJ Sarawak.

​”Hasil pemeriksaan yang dijalankan hari ini telah mendapati seorang pemandu bas disahkan positif ketum oleh pihak AADK. Tindakan lanjut telah diambil oleh agensi berkaitan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelas kenyataan tersebut.

​Rentetan daripada penemuan kes tersebut, JPJ Sarawak menegaskan bahawa mereka memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pemandu kenderaan perkhidmatan awam kerana ia boleh mengundang risiko besar terhadap keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

​Pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau syarikat pengendali bas yang membiarkan pemandu di bawah pengaruh dadah atau bahan khayal mengendalikan kenderaan, memandangkan nyawa orang awam menjadi taruhan.

​Pelaksanaan operasi bersepadu ini membuktikan komitmen berterusan pihak JPJ Sarawak bersama agensi penguatkuasaan lain dalam memastikan hanya pemandu yang benar-benar cergas, kompeten dan bebas daripada pengaruh dadah dibenarkan mengendalikan kenderaan awam.

​Operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan secara berkala dan mengejut di semua terminal bas utama di seluruh negeri bagi mengekalkan tahap keselamatan sistem pengangkutan awam darat pada tahap tertinggi.

​Dalam perkembangan sama, JPJ Sarawak merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) atas kerjasama erat dalam menjayakan pemeriksaan serta penguatkuasaan demi keselamatan pengguna jalan raya khususnya sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kanowit lokasi pertama Kenduri Rakyat MADANI sempena Pra-Gawai
Next: Isnin, 25-26 Mei 2026, SEB Notis Penutupan Jalan Sementara Di Lorong Merlin 3

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.