Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak perlu tenaga mahir penuhi permintaan sebagai hab tenaga hijau serantau
  • Utara
  • WILAYAH

Sarawak perlu tenaga mahir penuhi permintaan sebagai hab tenaga hijau serantau

Utusan Sarawak 6 hours ago
ABDUL Rahman menyampaikan piala kemenangan kepada peserta semasa Majlis Penangguhan Rasmi dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Limbang Tahun 2026 di Kompleks Sukan Limbang.

LIMBANG: Generasi muda di Limbang perlu merebut peluang untuk terlibat sebagai tenaga kerja mahir seiring dengan kedudukan negeri ini sebagai hab tenaga hijau serantau dan negeri maju menjelang 2030.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, untuk ke arah hasrat tersebut, Sarawak memerlukan lonjakan besar dalam tenaga kerja mahir bagi sektor ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau.

“Kita berharap agar warga Limbang dapat menyumbang kepada tenaga kerja yang sangat diperlukan Sarawak dalam misi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030, berasaskan teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital yang memerlukan tenaga kerja ramai,” katanya.

GAMBAR kenangan Abdul Rahman bersama dengan peserta semasa selesai Majlis Penangguhan Rasmi dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Limbang Tahun 2026 di Kompleks Sukan Limbang

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Rasmi dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Limbang Tahun 2026 di Kompleks Sukan Limbang, hari ini.

Turut hadir besama memeriahkan MSSD ialah Pegawai Pendidikan Daerah Limbang, Siti Mariam Salleh. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata generasi muda perlu memperkasa diri dengan pelbagai kemahiran teknikal dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), terutamanya dalam bidang kejuruteraan hijau.

Jelasnya, Sarawak memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif untuk memacu ekonomi ke hadapan dengan memberi fokus kepada pendidikan dan pembangunan kemahiran.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Latihan tembak tahunan IPD Betong perkukuh kesiapsiagaan anggota polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.