Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Latihan tembak tahunan IPD Betong perkukuh kesiapsiagaan anggota polis
  • Selatan
  • WILAYAH

Latihan tembak tahunan IPD Betong perkukuh kesiapsiagaan anggota polis

Utusan Sarawak 5 hours ago
LATIHAN Tembak Tahunan (LDP) Peringkat IPD Betong Tahun 2026 selama tiga hari di Lapang Sasar Batalion 23 PGA, Sri Aman. Foto: IPD Betong

BETONG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong terus memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme warga pasukan apabila melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Latihan Tembak Tahunan Peringkat IPD Betong Tahun 2026 selama tiga hari di Lapang Sasar Batalion 23 Polis Gerakan Am (PGA) Sri Aman.

Latihan tersebut dikendalikan di bawah pegawai medan, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek dengan penyelarasan oleh Inspektor Elvis Moore Amin bagi memastikan setiap modul latihan berjalan lancar serta mematuhi prosedur operasi dan keselamatan yang ditetapkan.

Program berkenaan melibatkan penyertaan seramai 109 pegawai dan anggota polis terdiri daripada pegawai kanan serta pegawai rendah polis yang mengambil bahagian dalam beberapa acara tembak operasi menggunakan pelbagai jenis senjata api.

Antara senjata yang digunakan sepanjang latihan termasuk Revolver 38 Spl 4 inci, Pistol Semi Auto CZ P-10C 9mm dan Rifle HK MP5 9mm yang merupakan antara kelengkapan penting dalam tugasan kepolisan harian.

Hari pertama latihan menyaksikan penyertaan seorang pegawai kanan bersama 38 pegawai rendah polis, manakala hari kedua melibatkan seorang pegawai kanan dan 30 pegawai rendah polis yang menjalani latihan intensif di lapang sasar tersebut.

Hari ketiga pula mencatatkan penyertaan tertinggi pegawai kanan dengan seramai 11 anggota bersama 28 pegawai rendah polis, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan pihak pengurusan dan anggota dalam mempertingkat kemahiran pengendalian senjata api.

GAMBAR kenangan pegawai dan anggota polis yang turut hadir selepas Latihan Tembak Tahunan (LDP) Peringkat IPD Betong Tahun 2026 selama tiga hari di Lapang Sasar Batalion 23 PGA, Sri Aman. Foto: IPD Betong

Latihan tahunan itu bertujuan menguji tahap keupayaan mental dan fizikal anggota polis dalam pengendalian senjata api secara taktikal selain meningkatkan keyakinan diri serta tahap disiplin ketika melaksanakan tugasan operasi.

Selain meningkatkan kemahiran individu, latihan berkenaan turut memberi penekanan terhadap aspek kerjasama berpasukan bagi memastikan setiap anggota mampu bertindak secara tersusun dan berkesan ketika menghadapi situasi sebenar di lapangan.

Dalam masa sama, aspek keselamatan turut diberi perhatian serius apabila semua peserta diwajibkan mematuhi sepenuhnya prosedur keselamatan lapang sasar selain memastikan setiap senjata api berada dalam keadaan baik dan siap digunakan pada bila-bila masa.

Sepanjang latihan dijalankan, semua peserta menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dan komitmen penuh terhadap setiap modul yang dilaksanakan, sekali gus membuktikan kesiapsiagaan warga IPD Betong dalam memperkasakan mutu perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugas kepolisan demi keselamatan masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Zulhafiza Muhammad dilantik Pengarah Penjara Pusat Sri Aman baharu berkuat kuasa 31 Mei
Next: Sarawak perlu tenaga mahir penuhi permintaan sebagai hab tenaga hijau serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.